The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Aku hanya memandang sahaja dua pasangan yang berada di hadapan aku ketika itu.
"Safar, dengar tak apa yang aku cakap tadi?"
Perlahan sahaja kepala aku menggeleng.
"Macam yang kau dengar tadi, Please be happy for us"
Aku hanya pandang sahaja senyuman manis dia di hadapan aku ketika itu.
"Kau sepatutnya gembira dengan kebahagian kami berdua, sebab kau kan kawan baik aku"
Lidah aku terasa berat untuk bersuara ketika itu, dengan melihat kemesraan dua insan di hadapan aku dengan wajah mereka yang tanpa rasa bersalah itu memberikan seribu persoalan dalam minda aku.
Adakah ini hanya permainan mereka untuk menguji aku?
"Sayang, tengok Safar ni... dia macam tak gembira sahaja tengok kita berdua" Rengek insan bernama Fitri Syafia dengan memeluk erat lengan sang teruna disebelahnya.
"Safar...sayang. Saya tak pernah sekali pun terfikir untuk tinggalkan awak selepas saya berjumpa dengan dia. Tapi sekarang..."
Aku menanti dengan penuh pengharapan akan ayat terakhir tersebut.
"Saya sejujurnya telah jumpa cinta sejati saya"
Ayden Ezrael, kau memang sampah!
Wajah Ayden dan Fitri di hadapan aku, aku pandang sedalam-dalamnya.
"Awak jatuh hati dengan dia? How is this possible?" Dalam keadaan menggeletar aku menyoal. Cawan yang dipegang aku eratkan lagi.
"Semua ni tak kelakar tahu!" Tempik aku lantang, takala hati tidak dapat dikawal lagi. Aku sendiri tidak menghiraukan akan pandangan sekeliling ketika itu.
"Awak sendiri yang cakap bukan, berkahwin dengan orang yang salah tu menakutkan dari mencintai orang yang salah" Ayden membalas sebelum menunduk memandang bawah.
Nafas di tarik dalam sebelum dihembusnya perlahan. Wajah aku ditatapnya seketika sebelum dia bersuara.
"Maaf Safar. Saya bukan jodoh awak"
"Saya lebih percaya kata hati saya untuk memilih dia daripada awak"
Setia?
Kata hati?
Aku habiskan masa dengan menjalinkan hubungan selama 7 tahun dengan sampah macam kau. Dan baru sekarang kau nak cakap soal setia dan kata hati?
"Safar, did you forget.. you told me that you envy me and you wished me well multiple times.." Dengan sebuah senyuman Fitri bersuara.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Roman d'amour"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...