The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Dua tangan diletak pada pinggang, merenung tajam buat insan yang berada di hadapannya ketika itu, dia seakan tiada rasa takut dengan penampilan insan tersebut yang terlakar tattoo pada kulit tubuh yang terdedah. Hanya mengekalkan renungan tajam sehingga membuatkan insan tersebut mula berada tidak betah.
"Hang ulang semula?" Soalnya dengan suaranya meninggi. Sang suami yang berada disisi hanya mampu menundukkan pandangannya, takut sekirannya dia turut mengikut campur ada peratus tinggi untuk dia dipukul dengan majalah ujang lama yang berada di sebelah.
"A...aku nak ambil Usyair jadi pen...gganti aku" Dengan berani dia bersuara lagi akan keinginannya sebelum dia menundukkan wajahnya semula. Kedua kaki dirapatkan, baginya insan dihadapannya ini teramat menakutkan.
"Hang nak suruh anak kesayangan aku ni join kelab bodoh hang tu? Dak la ni, hang dengaq baik-baik, untuk pengetahuan hang Ayyash Farhan, Aku habiskan duit Uwais untuk masukkan Usyair berlatih Seni Persilatan Melayu bukan untuk jadi ahli bodoh hang tu, Aku suruh dia berlatih untuk lindungi diri bila berada dalam bahaya tau. Bodoh" Wajah Yash dipandangnya tajam, seperti dijangkakan oleh sang suami, majalah ujang lama diambil dan digulung sebelum diarahkan dihadapan wajah Yash.
"Ni aku ulang balik, Hang kalau ambik anak aku untuk jadi pengganti hang, aku bunuh hang, dah tuh badan hang aku campak dekat jambatan pulau pinang dua" Ugutan tersebut membuatkan Yash mendiamkan diri, kali pertama dirinya berasa takut dengan ugutan dari seorang wanita. Berlalu dia meninggalkan Yash dan si suami berdua di ruang tamu, suasana sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas syiling sahaja ketika itu.
"Auch, mesti sakit bukan Yash?" Afif yang bersandar di dinding bersuara takala bayangan si dia yang berani melemparkan ugutan pada Yash, hilang dari pandangan. Kedua tangan memeluk tubuh, senyuman sinis tersungging diwajahnya.
Berjalan dia menghampiri dua insan tersebut, memandang wajah Yash yang sudah mencuka. Kali pertama dia melihat Yash tertunduk dengan Fartini. Bukan calang-calang wanita yang boleh menundukan harimau seperti Yash.
"Aku tak sangka yang Fartini garang macam tu" Luah Yash, tubuh disandar kebelakang, tangannya mengurut leher yang berasa lenguh akibat menunduk terlalu lama. Dia akui, sekirannya Fartini amat menakutkan, lihat sahaja dia betudung labuh, berwajah lembut tapi kata-kata dia terlampau menakutkan, iannya bagaikan pisau belati tajam.
"Aku dah cakap bukan. Aku kenal Fartini lama dari kau, jangan kau berani usik dua benda dalam hidup dia, pertama keluarga dan kedua dia" Jari telunjuk Afif dituju kearah Uwais yang masih kaku ditempat duduknya.
Yash mengeluh berat. Otaknya mula berfikir bagaimana hendak menjalankan rancangan untuk memujuk Fartini agar dia mengambil Usyair menjadi pelapisnya kelak. Jujur katakan, dia amat menganggumi dengan ketangkasan Usyair dalam berlawan tempoh lalu, lihat sahaja wajah keanak-anakkan Usyair itu, tapi anak lelaki tersebut terlampau bijak membaca pergerakan lawan. Dan disebabkan itu juga, tanpa pengetahuan sesiapa mahupun Afif sendiri, dia sempat mengajar Usyair bermain dengan beberapa senjata dan ternyata anak berusia enam belas tahun itu cepat belajar.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...