34

40 6 11
                                    

The Devil's Sweetheart



. . . . . . . .



"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"













Empat hari berlalu, selepas hari dimana aku emosi dengan Afif tempoh lalu, setiap kali ada panggilan darinya aku akan menolak dengan pelbagai cara untuk bercakap dengannya. Hati aku masih lagi emosi dengan kelakuan Afif yang mendahului si kucing telinga pendek itu.

Fartini sudah berapa kali mengajak aku untuk mengambil Afif di airport bersamanya dan Along, tapi aku menolak. Tak mahu! Aku merajuk! Pertama setiap kali pesanan yang dihantar Afif pasti mengenai Lara Neylisa, bagaimana keadaan kucing telinga pendek tu, sudah makan ke belum, adakah si Lara itu merinduinya. Ceittt!

Ikutkan rasa hati ini, aku mahu sahaja sembelih si Lara Neylisa tu.

Bekas makanan Lara Neylisa aku letak dalam sangkar dengan wajah yang sebal. Marah-marah aku pun, masih lagi aku beri makan pada si Lara ni. Dengan matanya yang bulat itu, sedikit pun tidak goyahkan iman aku dari memaafkan dirinya yang sudah mengambil separuh dari hati Afif.

"Makan. Nanti bapak kau balik, tuduh aku dera kau pula"

'Meow'

"Ahh, kau nak mengadu dekat Afif bukan, yang aku lupa bagi kau makan malam tu? Mengadu la, aku buang wet food kau" Ugut aku geram. Kedua tangan aku silang ke dada, wajah cemberut aku berikan pada Lara Neylisa.

'Meow'

Kali ini bunyi yang dibuat Lara Neylisa bergitu manja, seakan seperti sedang memujuk orang gajinya (iaitu aku) untuk menerima sogokkan comel darinya. Huh! Semenjak mengandung ni, aku berjaya mengelak segala aksi manja yang dibuat oleh kucing telinga pendek ni.

"Mengadulah, peluk la bapak kau tun anti. Kau tu kucing je tahu. Aku ni kesayangan dia, Intan Payung tahu. Bleh!" Lidah aku jelirkan pada Lara Neylisa.

"Intan Payung"

"Ya, Intan pa..." Kata-kata aku terhenti serta merta takala kedua telinga menangkap akan suara lelaki dari arah belakang.Air liur aku telan dengan payah, semerbak sahaja haruman bauan yang bergitu familiar memasuki kedalam rongga hidung aku.

"Assalamualaikum, Intan payung abang" Afif memberikan salam berserta dengan senyuman manis yang terhias di bibirnya.

Damn!

Apa yang aku tahu sekarang ni, aku sudah masuk kedalam perangkap sendiri. Sempat juga aku melirik mata memandang kearah Lara Neylisa, dan ya, kucing bertelinga pendek itu sedang nyenyak tidur, seperti sebentar tadi aku sedang berkomunikasi dengan makhluk entiti sahaja. Dasar kucing!

"Waa..Waalaikumsalam, bila awak balik?" Aku menyoal, memandang wajah Afif yang masih lagi tidak putus dengan senyuman yang dimana membuatkan aku mula merasa tidak senang duduk. Tiba-tiba sahaja terasa meremang.

23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]Where stories live. Discover now