49

36 5 10
                                    

The Devil's Sweetheart



. . . . . . . .


"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"












"Safar" Aku memalingkan wajah takala nama aku dipanggil. Senyuman nipis aku berikan padanya. Tubuh aku genjakkan sedikit. Memberikan ruang padanya disebelah. 

"Buat apa malam-malam ni dekat luar? Dani dah mana?" Soalnya lagi. Kedua tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar, terasa dua pasang mata itu memandang aku dari awal lagi.

"Itu, dia video call  dengan Usyair dekat bawah tu" Aku menunding jari ke bawah, di laman bawah. Mendengar tawa Dani membuatkan aku menarik senyuman lebar. Suka benar dia berbual dengan Usyair, anak along. 

"Soalan abang, awak tak jawab lagi" Afif bersuara lagi, memandang kearah aku dengan penuh tanda tanya. 

"Saya ambil angin malam. Lama tak rasa angin pulau pinang ni" Aku membalas bersahaja, dalam hati hanya tuhan sahaja tahu, sudah berdetak kuat bagaimana. Tambahan pula, luahan hati aku petang tadi bersama Dani masih lagi berlegar-legar dalam ingatan. 

"Jadi Ibu masih sayang dengan ayah?"  Dani menyoal semula dengan senyuman yang terukir di bibirnya. 

Aku hanya memandang wajah Dani sebelum menangguk perlahan. Tiba-tiba sahaja rasa malu! Ini kalau tahu dekat Along dan Fartini mahu dua insan itu melemparkan usikan tanpa henti. 

"Alhamdullilah, Allah makbulkan doa Dani selama ni. Ibu, Dani gembira sangat sekarang ni. Dani akan ada ayah semula" Dani bersuara lagi sebelum berlari meninggalkan aku yang masih tersenyum dengan karenahnya.

"Safar? Awak dengar tak apa yang abang cakap ni?" Suara Afif menyentak aku dari lamunan. Wajah aku paling memandang kearahnya sebelum menarik senyuman kekok. 

"Awak cakap apa? Maaf tadi saya tengah fikirkan sesuatu. Boleh awak ulang sem..." 

"Sudi tak awak jadi milik abang semula?" Afif memintas, membuatkan aku terdiam. Bibir aku terkatup rapat, terkebil-kebil aku memandang wajah Afif ketika itu. 

"Awak...apa?" 

Afif menarik senyuman, selangkah diambil mendekati aku, tapi masih lagi ada ruang antara kami. Wajah Afif tersenyum manis memandang kearah aku, tangan yang dimasukkan kedalam kocek seluar dikeluarkan. Kotak baldu berwarna merah diletak di hadapan aku. 

"Abang tak pasti muat lagi atau tidak. Tapi, arwah Umi pesan kalau suatu saat nanti awak jadi milik abang semula, berikan ini semula. Jadi abang berikan cincin ni pada pemiliknya" Terang Afif. 

"Awak simpan lagi?" Aku menyoal Afif, melihat kotak baldu itu sahaja sudah mengingatkan kembali cincin tersebut pernah menjadi milik aku. 

"Simpan. Milik bidadari syurga saya. Dan saya masih doa perkara yang sama agar cincin tu tersarung kembali di jari manis dia" Kata Afif tanpa berdalih "Awak sudi menjadi bidadari syurga saya semula?" sambung Afif lagi. 

23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]Where stories live. Discover now