The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
"Masuk ni sudah kali keenam aku menilik baju yang tersarung di tubuh sendiri. Kali pertama aku hadiri ke majlis kahwin orang berpakaian sopan macam ni. Bukannya aku tak sopan, sopan je. Cuma pakaian aku selama ni terdedah aurat sana sini. Ini sumpah, kali pertama aku sarung baju kurung pada tubuh.
Baju kurung kedah yang berwarna peach dan disulam klasik di hujung tangan, aku nampak manis sekarang ni. Hiskk
Sedang aku berkira-kira untuk menyarung tudung bawal pemberian hadiah dari Fartini semasa majlis hari jadi aku tahun lepas, telefon di yang berada di atas meja berdering mengejutkan aku.
Nama Afif tertera pada screen telefon. Dengan cepat aku tolak ke butang hijau dan tekapkan pada telinga. "Hello"
"Assalamualaikum Safar Nurmelliana" Suara garau Afif membalas di balik sana. Pertama sekali, jantung aku berdebar dek kerana suara garau dia tiba-tiba dan terasa seperti rama-rama terbang dalam perut bila suara garau tu sebut nama penuh aku.
"Waalaikumsalam, iya saya" Balas aku.
"Dah siap? Saya ada dekat lobi bawah ni." Afif menyoal aku.
"Iya...iya...saya dah siap. Kejap saya turun sekarang" Ujur aku dan terus sahaja aku matikan panggilan.
Kali terakhir aku melihat penampilan diri melalui pantulan cermin sebelum beg tangan yang berada di atas katil aku capai.
Laju sahaja kaki aku menapak menuju ke lift. Butang G aku tekan dan tidak sampai seminit, terpampang wajah Afif yang segak berbaju melayu berwarna peach depan pintu lift.
"Mr. Afif, terkejut saya" Ujur aku sambil mengurut dada. Wajah tanpa riak Afif aku pandang seketika sebelum beralih memandang kearah lain.
"Safar Nurmelliana" Nama aku di panggil dan membuatkan aku menangkat wajah memandang kearahnya semula.
"Start now, don't call me Mr. Afif. Just call Afif"
"And you look so manis, bila pakai baju kurung ni. Sopan" Afif bersuara, kedua kakinya melangkah meninggalkan aku yang masih kaku di dalam lift.
Bawah bibir aku gigit menahan rasa yang berdebar sebaik sahaja mendengar kata-kata Afif.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...