29

52 5 12
                                    

The Devil's Sweetheart



. . . . . . . .



"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"











Percaya atau tidak Fartini dan Along sudah selamat diijab kabul lepas waktu zohor tadi. Dan sekarang aku hanya pandang Along yang sedang ketawa besar sambil menceritakan kebahagiaan bagaimana dia dihadapan tok kadi buat aku. Ya, akulah insan yang dimana menjadi manusia setia mendengar segala penceritaan yang berulang kali mengenai detik-detik dia melafazkan akad. Bukannya aku tidak ada sewaktu kejadiaan itu berlaku, aku ada sahaja, sebelah Fartini lagi. Tapi, biasalah. Muhamaad Uwais bukan, semuannya dia akan cerita dari A to Z sampai dia sendiri rasa bosan dengan cerita dia sendiri.

Pandangan aku alih memandang kearah Afif yang berada tidak jauh dari tempat aku dan along sekarang. Sejak turun dari Penang Hill lagi, Afif tidak banyak mulut, lelaki itu lebih gemar mendiamkan diri sahaja, sepatah ditanya, sepatah juga dia membalas. Semenjak kenal dengan lelaki bernama Afif Furqan ini, aku sukar untuk memahami peragainya. Ada masa dia petah berbicara, ada masanya dia diam membisu, boleh jadi juga dia tiba-tiba sahaja manis mulut, dan sekelip mata sahaja dia menjadi dingin.

Suara Along aku endahkan, mata aku dari tadi sedikit pun tidak beralih memandang Afif yang masih setia duduk di suatu sudut yang jauh dari orang ramai, duniannya hanya telefon ditangan sahaja. Tubuh yang bersandar senang, aku tegakkan serta merta takala melihat Fartini melangkah masuk, entah kenapa hati aku menjadi gundah melihat Fartini ketika itu. Walau aku sendiri tahu, gadis utara itu sudah sah menjadi isteri kepada Along, tapi auranya sahaja membuatkan aku terasa tercabar.

Langkah Fartini terhenti dihadapan Afif, wajahnya yang masih bersisa solekkan memandang kearah Afif dan aku pasti, Afif yang memanggilnya. Oh tidak! Hati jangan sakit sekarang. Mata aku kecilkan memandang kelakuan Afif ketika itu, tangan kanannya menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan kotak kecil yang berbalut rapi dengan pembalut merah. Apa Afif hendak melamar Fartini? Tapi...Fartini dah bergelar isteri pada along...

"Adik, Lepas tu along pegang tangan tok kadi erat..." Penceritaan Along aku hentikan dengan menyumbat kuih bahulu ikan kedalam mulutnya.

"Along, itu isteri along dah datang" Aku bersuara takala melihat Afif ingin bangun dan mendekati Fartini, dan itu harus aku elakkan.

"Sayang!" Along memanggil Fartini dengan mulut penuhnya, tangannya melambai kearah Fartini dengan bersungguh-sungguh.

Seperti yang aku jangkakan, kotak kecil berwarna merah ditarik semula Afif. Kepalanya turut memandang kearah Along sebelum memandang Fartini semula, belum sempat Afif menahan Fartini, terlebih dahulu gadis tersebut berjalan meninggalkan Afif dan menampak kearah aku dan Along.

"Along, Adik pergi dekat Afif ye" Aku bersuara dan bangun meninggalkan Along dan Fartini berdua. Misi aku sekarang perlu berhadapan dengan Afif Furqan Bin Al-Qarni.

23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]Where stories live. Discover now