The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Masuk ni sudah empat hari aku dan Afif tidak bertegur sapa, rasanya ada juga percubaan Afif untuk bercakap dengan aku tapi aku sedaya upaya endahkan. Walau aku dan dia tidak bertegur sapa, solat berjemaah masih lagi sama seperti biasa. Cuma masa berdua sahaja menyukarkan aku untuk bercakap dengan dia. Masih lagi terasa dengan apa yang dia katakan.
Lagu Rodeo Station- EXO SC memecah kesunyiaan dalam bilik tidur aku dan Afif. Aku yang sedang membaca terhenti serta merta, bangun aku dari katil dan menghampiri meja solek. Nama Fartini tertera di screen telefon. Melihat angka jam yang sudah mencecah waktu 10 malam membuatkan aku berkerut dahi. Jarang sekali Fartini hendak menelefon waktu sebergini.
"Assalamualaikum, Fartini kenapa?" Aku menyoal sebaik saja panggilannya aku angkat.
"Waalaikumsalam, hang nak angkat telefon kak ipaq hang ni pun lambat" Suara Fartini di balik sana membuatkan aku menjauhkan telefon sedikit dari telinga. Dia punya tempik tu lain macam.
"Aku tinggal telefon atas meja, aku dekat katil tengah membaca. Kenapa telefon ni? Ada apa-apa ke?" Aku memberitahu akan sebab kenapa aku menangkat panggilannya lambat dan menyoalnya.
"Ohh, aku dengan along kesayangan hang ada depan rumah ni. Cepat keluar sambut aku dengan karpet merah. Sebelum along hang panjat pagar rumah hang ni" Fartini membalas di balik sana sebelum menamatkan panggilannya. Entah kenapa aku dapat merasakan senyuman di balik percakapan Fartini ketika itu.
Dengan cepat aku menyelak langsir bilik, melihat kearah bawah dan ya. Along mencuba untuk memanjat pagar sambil diperhatikan oleh Fartini di sisi. Entah kenapa aku merasakan jodoh dua insan ini terlampau kuat. Dua-dua benak, loceng rumah ada. Nak juga digunakan cara bodoh macam ni.
"Sayang" Afif membuka pintu bilik dan itu membuatkan aku melompat terkejut.
"Maaf sebab abang buat sayang terkejut. Along dan Fartini datang, abang jemput diaorang berdua masuk, sayang bersiap la dulu" Afif bersuara dan terus sahaja pintu bilik di tutupnya rapat.
Aku terlampau berkeras dengan Afif ke?
"HANG gaduh dengan Afif ke?" Soal Fartini sebaik sahaja aku selesai membasuh pinggan. Laju sahaja kepala aku menoleh memandang kearah Fartini yang berada di sebelah. Nampak sangat ke aku bergaduh dengan Afif? Ke Afif ada bagi tahu Fartini? Afif masih berhubung dengan Fartini ke?
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...