The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Tiba-tiba sahaja tekak aku terasa loya sebaik sahaja melihat insan yang duduk semeja dengan aku ketika ini. Eii gediknya!
"Kenapa awak pandang dia?" Soal Afif yang merenung kearah aku. Ayam masak merah yang berada di tangannya tidak dilepaskan dan bibirnya dicebikkan sedikit.
"Errr..." Aku hilang kata.
"Safar Nurmelliana" Afif memanggil nama penuh aku. Pandangannya seakan ingin menelan sahaja. Tubuh aku tegakkan dan wajahnya aku pandang.
"Awak nampak manis bila tutup aurat ni. Saya suka" Tanpa riak Afif bersuara. Ayam masak merah di tangan di makannya seakan sebentar tadi tiada apa yang berlaku.
Wajah aku memanas.
Aku pandang sahaja Afif yang masih mengunyah makanannya. Hati aku kali ini benar-benar berdebar, kali pertama seorang lelaki memuji aku. Wajah Ayden yang sedang merenung kearah aku, aku pandang. Nak harapkan lelaki nip uji, memang tidaklah! Dia lebih suka kalau aku pakai terdedah sana sini, macam Fitri sekarang.
Ayden Ezrael, aku boleh katakana taste lelaki muka batu ni lebih kearah barat. Sexy, itulah makanan dia sampaikan aku pun terikut dengan kelakuannya. Tapi sejak kenal dengan Afif Furqan ni...
Aku beralih pandangan memandang kearah Afif pula, senyuman manis aku berikan kepadanya takala pandangan aku bertaut dengannya.
Tengoklah aku sekarang, pakai baju kurung datang majlis orang. Ini kalau Papa dengan Mama tengok wahhh, diaorang pasti bangga dengan perubahan aku sekarang.
"Sayang, why you dress up macam ni?" Soalan Ayden menyetakkan lamunan aku. Senyuman yang aku berikan pada Afif hilang serta merta, wajah Ayden yang sedang merenung tajam, aku pandang seakan ingin membaham. Sedap mulut ja panggil aku sayang. Fitri sebelah kau tu kenapa tak panggil sayang? Bodoh punya lelaki.
"Why? Mata Mr. Ayden sakit ke tengok my little sunshine pakai sopan ni?" Afif yang dari tadi mengunyah berhenti, wajahnya dipaling memandang kearah Ayden.
"Safar tak suka pakai tutup-tutup ni? And you look like 'kampung' girl Safar" Ayden membalas.
Geli hati mendengar apa yang dikatakan Ayden. Baru sahaja aku hendak membalas, terhenti takala Afif bertindak meletak sebatang lollipop di atas meja. Wajahnya aku boleh katakana agak tegang ketika itu.
"Apa yang Mr. Ayden nampak?" Soal Afif.
"Lollipop? Dah kenapa tanya soalan bodoh ni. Hahaha" Ayden ketawa.
"Bijak" Afif meletak lollipop tersebut di hadapan Ayden dan dikeluarkan lagi sebatang lollipop dari kocek baju melayunya dan sarung gula-gula tersebut dibuka dan diletak bersebelahan dengan lollipop yang diletaknya awal tadi.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...