The Devil's Sweetheart
. . . . . . . .
"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴"
Buat kesekian kalinya, aku mengesat linangan air mata yang kian derhaka mengalir membasahi pipi, helaian tisu di hulurkan kearah aku perlahan, melihat wajah insan tersebut semakin berjuarai air mata ini.
"A...along, ke...kenapa semua ja...jadi pada a...adik?" Teresak-esak aku menzahirkan kata yang terkubu dalam hati.
Along hanya diam tidak membalas. Sebagai seorang abang, luluh hatinya takala melihat keadaan satu-satu adik perempuannya. Mendengar apa yang disampaikan oleh si adik, dirinya tidak mampu untuk memberikan sebarang bantuan mahupun kata putus.
"Adik, along sebenarnya..."
"Kenapa dia tak jujur saja dengan adik? Adik tak sangka peragai dia macam ni. Adik bodoh, bodoh kerana mudah sangat jatuh hati dengan dia"
Along bergerak ke sisi aku, tubuh aku ditariknya perlahan masuk kedalam pelukan dan sekali lagi aku menagis semahu-mahunya dalam pelukan Along. Sungguh, aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak meluah rasa ketika ini, puas aku berdoa agar apa yang dikatakan Maya itu hanya lah sebuah usikan sahaja, tapi perkara tersebut asyik benar bermain dalam fikiran aku, seakan ulang tayang gambar sahaja. Berulang kali tanpa henti.
"Adik, kejujuran menyeksakan, tetapi itulah yang terbaik" Along bersuara perlahan. Tangannya masih ligat mengosok lembut belakang aku, meredakan rasa sedih yang kian menghurung jiwa.
"Adik sakit along. Hati adik sekarang betul-betul sakit. Adik ingatkan dengan kehadiran dia dalam hidup adik, mampu mengubah semuannya. Dia kecewakan adik" Tangis aku semahu—mahunya lagi hinggakan kedua mata aku kian memberat. Aku benar-benar letih melayan perasaan sekarang.
Bertapa hanyut aku dalam tangisan hingga terbuai mimpi. Gangguan suara wanita sedang mengalunkan bacaan Al-Quran menganggu lena aku. Sebaik sahaja kedua mata terbuka luas, syiling putih memenuhi pandangan aku terlebih dahulu. Bau aroma bilik yang bergitu aku kenal menyapa masuk kedalam rongga hidung, deria pendengaran aku peka menangkap akan suara wanita yang sedang mengaji.
Aku belum mati lagi bukan?
Adakah punca kematiaan aku disebebkan menagis?
Aku belum mati lagi?
Terbuai aku mendengar suara wanita tersebut mengalunkan bacaan surah Al-Mulk. Lembut sahaja suaranya, setiap ayang dilafazkan jelas dan aku sendiri dapat menangkap setiap baris maksud surah tersebut.
Perlahan aku bangun dari perbaringan, aku menghembus nafas perlahan. Perasaan lega menerjah takala melihat satu-satunya kakak ipar aku sedang membelakangi katil, dengan telekung menyarungi tubuhnya. Dan yang pasti juga, aku masih bernyawa, belum mati.
YOU ARE READING
23🍒 - THE DEVIL'S SWEETHEART [COMPLETE]
Romance"𝘛𝘳𝘶𝘦 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴" Hubungan cinta yang telah lama terjalin... Janji-janji lama, semuanya hanya sekadar guruan. Safar Nurmelliana yang tidak pernah menyangka mimpinya menjadi realiti. Dan dia mendap...