🌹
selepas habis stpm, aku sambung belajar di sebuah universiti yang agak terkemuka di borneo.
bia aku skip cerita ke tahun akhir aku sebagai seorang pelajar software.
tahun ke 4 iaitu tahun akhir sepatut nya aku di U ni.
tapi aku terpaksa extend setahun. 1 sem untuk repeat subject math. dan 1 sem untuk latihan industri.
so total 5 tahun.
semester 2 tahun 4, aku amik fyp dan ada aku amik subjek elektif fakulti lain. harus amik kalau nak graduate.
aku usha2 subject fakulti lain. aku tertarik dan minat subjek fakulti perubatan.
sebelom sem2 tu aku ada amik course fotografi, dan course sejarah dari fakulti lain. kali ni aku amik course fakulti perubatan. belajar pasal penyakit bawaan serangga. nyamuk, lipas, ular, lalat, mcm2 la.
niat sebenarnya mmg nak belajar, sambil2 nak usha2 abang2 medik.. hehe. kot2 jodoh kan...
tapi
lain pulak jadi nya.
+++++++
memandangkan sem ni sem terakhir aku dengan geng batch aku, so aku xda la sedih sgt. .
first day masuk kelas kt medik tu, aku sorang je student IT dalam kelas tu. yang lain student dari fakulti alam sekitar dan medik.
so lecturer tu jadi pelik nape aku sorang nak amik subject tu. setiap kali dia mengajar, dia akan tanya aku, faham ke tidak. yang pelik nya, aku faham. cuma istilah pelik2 perubatan la aku x faham.
++++
lepas beberapa minggu aku masuk kelas tu tanpa ponteng, aku rase best giler dpt amik course tu. walaupon busy dengan fyp. aku xpernah pon ponteng klas pon sebelom2 ni. baik kan? haha
fyp aku pon x susah mana pon. buat sistem je.
tinggal nak touchup. yang susah fyp ni adalah documentation dia.one day, aku ter awal pulak datang kelas tu, so bilik kuliah tu x bukak lagi. aku duduk la di batu tengah2 taman di tengah2 fakulti tu.. ada la terpandang beberapa orang. cantek. hensem. semua la ada. bakal2 doctor kan. mesti la cantik hensem.
sedang aku usha2 tu, ada sorang awek, awek? xsesuai la awek. minah.
minah ni datang duduk sebelah aku tegur aku.
aku toleh la dia. terkesima kejap.
Antek.
dia hi
aku hi balikthen dia speaking pulak. ah sudah. aku dah la bodo speaking2 ni. sedang muka bodo aku ternampak oleh dia, dia tukar ayat bahasa tempatan. bahasa melayu? nope bukan bahasa melayu.
bahasa srwak.
amik kau.
naseb aku faham sikit bahasa srwak. aku faham, tapi aku xda la fasih cakap.
dia tegur kenapa duduk sorg2 sini. ada kelas apa? kenapa x masuk lagi?
eh banyak ckp pulak minah ni. mcm pengawas pulak.
aku pon jawap la semua soalan dia. aku jawab dlm bahasa KL. 😂
"ohhhh" itu je la dia jawab.
"Lis.." sambil dia hulur tangan nak salam. [nama ku ubah]
"Syz." aku sambut salam dia.
ok. creepy.
kenapa?
aku x expect pon akan berkenalan dengan perempuan masa degree ni. tahun2 akhir lak tu sepanjang belajar kat sini, aku xfikir nak usha perempuan. just nak study dan usha laki hensem. haha. cuma ada sorang je crush perempuan aku minat. tapi minat je la. suka tengok. bukan suka suka itu. nanda.
tbc
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
YOU ARE READING
Lara ku [GxG]
Romancesambungan Menengah Atas Ini kisah perjalanan hidupku bersama insan yang bergelar kekasih hati. Walaupun tidak dapat memilikinya untuk selamanya, ketahui lah cinta mengatasi segala nya. [100% cinta benar] eh [citer benar] Lara aku yang datang mengub...