sebelum2 ni aku ada cerita pasal Deni dan Fatin kan?
Deni(bukan nama samaran sebenar) merupakan girlfriend aka awek aku yang kedua selepas ciklis. kedua??
ya benar. terkejut? xyah terkejut la. lagi bahagia la sbb boleh mintak duit. hahahhaha
Aku dengan Deni selalu berbalas mesej dan selalu keluar bila ciklis busy. Ciklis pon tahu dengan siapa aku keluar. siap bagi greenlight lagi.
Aku pernah tanye ciklis, kenapa xmarah saya keluar dengan Deni? ada awek lain ke?.. ciklis menjawab dia suka aku keluar dengan Deni. tak taw kenapa. Ciklis pon mengaku "Tiada masa nak cari awek lain. cukup yang ada ni. menyenangkan jiwa.". ayat macam sedih. tapi aku rase lebih kepada memeningkan kepala je . .
Dalam waktu tu jugak aku mohon maaf dengan ciklis. alih2 ciklis xkisah pon. Sebab Ciklis pernah tanye Deni, dan Deni jawab "YUP". so semua ni idea ciklis.!
Tapi sayang aku pada ciklis takpernah sedikit pon berubah.
hah gitu. sayang weyh Ciklis ni!! kalau ciklis ni laki, aku yang masuk meminang dia dulu. haha
Berbalik pada kisah Deni ni.
Bila Deni confess? Deni xconfess direct. tapi dari percakapan dan perbuatan dia. Setiap ayat dan perbuatan Deni mesti ada bunyi "Sayang" "Baby" "Darling". Dalam seharian, asyik nak pegang2. yang pelik nya aku suka. ahhahahahha. (pegang tangan je la). sebelom balik rumah ciklis, aku tanye Deni, "Awak ada pape nak bagitahu ke? Ada pape nak diluahkan?". Mula2 Deni senyap, tapi selang 2 3 saat, Deni buat muka creepy dia tu. nah terhinggap satu tamparan padat pada peha Deni. Peduli pulak aku si Deni ni sakit.
"hah padan muka. orang dah ckp kan. jgn buat muka tu!!"
"okok sory bby.."
Darah aku deras satu badan. nak marah, nak gigit orang pon ada.
"Sory eh baby.." Mula la tu perangai gatal dtang. " saya sayang awk syz.. syg sgt. jgn la marah2. nnt Lis marah saya lak nnt." geli pulak ayat Deni ni. haha
"padan la muka. biar dia marah kaw2..."
"alah.. xnak la. awak marah xpe. jgn Lis marah. Klau Lis marah, saya xdpt la syg2 dgn bby dia ni lagi.."
"hah ?? maksud?"
"hah... maksud? . eh dah la. g naik atas sekrg.. dah pukul 1 dah ni. xtakot ke naik lift sorg2?"
Perangai Deni ni lebih kepada buli orang. Orang dah la penakut, lagi dia takut kan.
"ish... " aku keluar kereta, pergi pintu pemandu, aku bukak dan tarik Deni keluar. Deni taknak keluar. aku tarik kuat2 tangan dia. "cepat. teman sampai depan rumah ciklis!"
aku tarik sampai nak tercabut tangan dia. naseb baik tangan yang nak tercabut, cuba bayangkan kalau aku tarik lengan baju dia tu. mau tak koyak baju dia. silap2 boleh terbogel kat situ. muaahahhah..
"okok. jap jap. mati kan enjin dulu. alahai bby Lis ni..". aku dengar setiap bait ayat Deni..dari kereta sampai depan pintu rumah ciklis aku kepit lengan Deni ni. dalam kepala otak asyik terbayang citer2 hantu, dgn zombie.. asal jalan je, mesti toleh belakang. kot2 ad zombie ke hantu ke.
mujur cepat aje ciklis bukak pintu lepas 2 3 kali tekan loceng.
"Lis, ni hah ada orang ketakutan. "
"hahaha.. baru tahu ke? ni masuk kena la bukak semua lampu. haha.."
Dua2 same perangai. aku masuk rumah tanpa hirau kan ciklis. Deni apatah lagi, aku abaikan saja.
aku siap2 mandi dan landing atas katil untuk tido. letak je kepala, terus masuk mimpi.
Dalam awal pagi dalam pukul 5.30 pagi aku terbangun sbb haus. tengok minah sebelah tido mcm tido mati. kiss sikit.
aku keluar bilik ke dapur terdengar bunyi kipas kat ruang tamu ON. Ada lampu deco kecik nyala. memandangkan dah nak subuh, aku dengan berani g tengok.
Rupenyer si Deni tido kat sofa panjang tu. Selimut dah terbang ke mana tah. kesian.
Dengan kesian, aku selimut kan balik Deni. Lena sgt lani.
Lepas dah tegok 2 3 gelas air sejuk, aku duduk kat sofa single sebelah sofa panjang Deni tido tu. Mata memang dah xley tido, main la tepon kejap. sampai rase terlelap..
Lena aku dikejutkan oleh ciklis yang dok belai2 rambut aku. aku buka mata je nampak ciklis tersengih2 mcm kerang busuk. si Deni dah bangun siap minum air panas lg kat sebelah. malu dow tido sampai tak sedar. mesti dorg tgk gelak2. buktinya, gambar aku tido tu jd homescreen tepon budak dua ketol tu sampai ke hari ni.
siapa taksub siapa sekarang ni?
#skrg ni sy dah ada extra girlpren!! yeay.
YOU ARE READING
Lara ku [GxG]
Romancesambungan Menengah Atas Ini kisah perjalanan hidupku bersama insan yang bergelar kekasih hati. Walaupun tidak dapat memilikinya untuk selamanya, ketahui lah cinta mengatasi segala nya. [100% cinta benar] eh [citer benar] Lara aku yang datang mengub...