LA 39 11 09 2023

319 19 1
                                    


hari dimana semua benda yang aku rindu muncul.

muncul dalam mimpi, muncul dalam realiti.

Isnin.

Malam tu aku mimpi Fatin.

Subuh terjaga sebab bunyi hon bas sekolah. tak pernah2 aku terjaga terus terduduk termenung.

"ya Allah... rindu yer."

walaupun rindu, tapi tu la. nak berdepan pon takot. kot2 terjumpe.

6.30am siap2 nak ke ospital besar. appointment dengan doktor2 hensem dan cantek. senar yer nak dpt spot parking jer. ospital gomen mana pernah tak kosong.

7.30am sampai depan kaunter.

8.00am dpt nombor.

8.30am dpt jumpe doktor.

pokpek pokpek 30minit dlm tu.

9.15am beratur amik ubat.

9.30am selesai dpat ubat. beredar ke kafetria ospital. lapar.

dan disitu la aku bertemu mata dengan insan bernama Fatin.

kami terkaku kejap la. sebab aku tengah meneliti makanan dan sambil2 meneliti mata tu.

dalam hati cuba la confirm kan, 'betol ke?'.. yelah. kau pakai mask, aku pon pakai mask.

sempat la jugak aku maki diri sendiri, 'makanan apa ni adoi? chicken chop xda ke?'

aku terus beratur beli makanan tapaw. sedih bila tgok menu sendiri. hahah.

selesai bayar, aku gerak ke bahagian roti kuih muih.

"syz?..."
eh mcm name aku. jarang org panggil aku gune nama kedua aku ni dah. nak toleh mcm tgh busy ni. oh ya. time ni aku dah lupa yg bru sekejap tadi mcm terbertemu mata dgn Fatin. hahah.

aku nak toleh, tapi mata aku taknak gerak. dia nk tengok makanan kuih muih tu. sangat menyelerakan. aum!.

"syz?.. "
kali ni dia panggil nama sekali dgn cuitan pada lengan berotot aku.

terpaksa la aku pandang walaupon malu2 dinosor.

aku pandang sekilas je.

jantung aku dh laju, rase nk pitam pon ada.

aku gerak ke kaunter tuk byr kuih muih. tangan aku penuh, jadi nak keluar kan duit tu agak payah la. aku buat donno je.

Si Fatin ni dari tadi ikut aku sampai ke kaunter, dia pon keluarkan duit untuk bayarkan kuih muih aku. baki dia pulak amik. kalau aku tau la ada orang nak bayarkan, patut aku borong je semua kuih tu. haha

"thanks..." mulut aku dah xtercakap apa dah.

"welcm. jum duduk.. borak2 sikit."

'ah sudah. ajak duduk pulak.'
aku nak balik ni, walaupun dapat mc, tapi nak balik tido.
tapi bila masa lagi kan nak jumpe minah ni.

"tak dapat la. sy ada hal. nak balik cepat."
memang ada hal pon. tido.

"oh . ok. nak nombor phone bole?" Bukan Fatin la klu tak malu mintak nombor phone org.

aku pon bg la nombor phone private.

dan situ la pengembaraan bermula!

eh.

jejak kaseh bermula.

tapi hanya dalam whatsapp. berjuta alasan aku bagi bila dia nak ajak keluar. kenduri2 famili dia pon aku terpaksa tolak. malu bai. sbb akak dia tu crush aku masa first day form 1. haha.


+

seusai selesai hal kat ospital, aku memecut kereta ke ospital ciklis pulak. saje cuci mata.

perjalanan dlm 40 50 minit gitu. sesantai-santainya aku drive. Jalan clear.

Lepas dah dapat parking kereta, barulah aku mesej dan tanya ciklis. Dimanakah keberadaan nya sekarang..

Lama aku tunggu dia reply. boleh la dalam 30 minit macam tu baru respon.

Syukur ciklis ada kat ospital. Segeralah aku mendapatkan ciklis. Tunggu di kafe bawah tu. Ternyata kaki ciklis lagi panjang dan pantas berbanding aku. Dia sudah pon ada kat kafe tu bersama dengan cokelet blended.

'hi.. SYG' ambik nyawa kejap. Perkataan SYG tu ucap tanpa bunyi. hanya pergerakkan bibir. bahaya. nanti ada orang pandang sebelah hidung. haha
"cepat betol turun!". ambik lagi satu nyawa.fuh.

"hi.. BABY..."
"no la.. "
"nah.. ais blended. kurang manis." dihulurkan ais blended tu, aku sedut 6 harkat. ahhhh.
"sudah. jgn minum byk2 ya.. kmu tu takbole minum cokelet sgt."

"yela2.. dia yg beli. kita minum la."

ciklis ni, pantang aku attack ayat dia, tak pipi, lengan aku jadi mangsa cubitan dia. tapi kali ni, dia attack pipi aku. paling aku suka dengan ciklis ni, cara percakapan dia waktu kerja. lebih kepada tegas, tapi lembut mcm tu. kadang2 masuk air.

aku nak attack dia, tapi.... ah balik rumah nanti la..

"so, mc dapat? doktor cakap apa la?"

"mc dpt. dia ckp mcm yg lepas2 la.. bosan."

"hrmm. check sini je la bby.. senang sy nak follow-up."

"tak nak... sini mahal.."

"all in me la.. ayo..."

"tak nak tak nak.."
"tak suke."

"because?"

"because of u la..." ... antara sebab kenapa aku taknak dapat kan rawatan dibwh satu bumbung dengan ciklis ialah, MALU.
"dah la.. takyah ckp pasal ni lg. kan dah bgitahu dulu.."

"okok. sori bby..."

aku angguk saja lah sambil menyedut ais blended tu. dari tadi sebenarnya, bagi, ambil balik, bagi, ambil balik. Dah tinggal separuh dah kuantiti ais blended tu.

benda tu bukan ciklis minum pun. aku sorang je yang minum. dia mcm ni, dah tahu aku suka tapi xbole nak sgt, benda tu la yng ciklis akan sogok bagi aku. lepas tu, aku lak yang kena marah dgn dia..

kemudian kami berjalan sampai ke lift. ciklis nak naik dah. aku? balik rumah la. tido.
dapat la peluk2 sekejap depan lift tu.

"bye bby.. hati2 drive tu.."
"sudah sampai, text ok."

"okay!!!" bye2 sampai lift tertutup.




dalam kereta, 'eh lupa pulak nk bgtaw terjumpe member td.'.








.

sampai rumah, aku mana pernah mesej ciklis dulu. aku suke tunggu dia tanye, baru aku balas. hhaahhahahhahaha









.








.

.

.

aku tak mau masuk kan kisah Fatin after this dalam ni.. nanti ada orang jeles.

Lara ku [GxG]Where stories live. Discover now