BAB 44

1K 34 2
                                    

Mata dibuka perlahan. Cahaya putih hanya kelihatan membuatkan Orked sukar untuk membuka matanya dengan penuh.

"Sayang." Terdengar seseorang memanggilnya. Orked sedang membuka matanya dengan luas. Suara yang amat dia rindui. Suara yang sering menemaninya sewaktu Orked tidur berpanjangan. Suara yang sudi menunggu dia tersedar dari mimpi yang panjang.

Badannya terus menjadi mangsa pelukkan Aryan. " Sayang!" Terus terhambur tangisan Aryan tatkala dia melihat Orked telah sedar daripada tidur yang panjang.

"Ab--abang.." bantuan pernafasan dibukanya.

"Ma--afkan abang.." ucap Aryan dengan tangisannya sudah dihamburkan.

Belakang tubuh Aryan diusap perlahan oleh Orked.

"Maafkan abang se--bab ki--kita hilang anak kita."

"Shh.. abang tak salah.. mungkin belum ada rezeki kita nak dapat baby." Perlahan-lahan dia usap belakang tubuh sang suami. Orked cuba memujuk Aryan.

Hingus ditarik. Air mata dikesat. Pelukkan dileraikan. "Sayang haus tak? Nak minum apa-apa?" Tanya Aryan.

Orked mengangguk perlahan.

"Sekejap ye abang isi air dekat pemanas ni, lepastu abang panaskan." Kata Aryan. Pemanas air itu diambil untuk diisikan air.

"Kakak!" Terus pintu wad yang menempatkan Orked itu dirempuh oleh Haq. Badan kakaknya itu menjadi mangsa pelukan.

"Ya allah! Dani! Lemas la akak macam ni!" Gurau Orked.

Serta merta pelukan tersebut dilepaskan. Senyuman tidak bersalah itu ditayangkan oleh Haq. "Sorry akak. Hehe.."

"Dani gembira sangat sebab akak dah sedar tau! Kalau tak, memang hati Dani ni kecil jer tau sebab tengok keadaan akak." Kerusi disebelah katil itu ditariknya. Punggung terus dihenyakkan. Penat bethol berlari tadi. Kesian mak ngah sebab kena tinggal dengannya. Maaflah mak ngah! Anak saudara mu ini terlampau bahagia tatkala mendengar berita mengenai Orked ini.

Orked ketawa geli hati. "Jangan risau la Dani. Alhamdulilah ALLAH masih bagi akak peluang untuk terus hidup." Kata Orked sambil tersenyum manis.

"Dani tak kerja ke harini?"

Haq menggeleng. "Dani cuti. Baru jer keluar dengan mak ngah."

"Sampaikan mak ngah pon dia tinggalkan." Kata Puan Sri Salehah sambil menolak pintu wad.

Haq mengukirkan senyuman kerang busuk. "Sorry mak ngah. Terlampau gembira sebab kakak dah sedar. Hehehe.." sebaris senyuman gigi dihadapan terpamer.

Haq menampar dahinya. "Akak!! Dani terlupa sesuatu lah!" Jeritnya yang membuatkan Orked dan juga Puan Sri Salehah terkejut.

Kerutan dahi terbentuk. "Dah kenapa Dani? Buang tabiat ke?"

"Eh! Eh! Dani nak buat apa ni?" Tanya Orked dengan dahinya semakin mengerut. Naik gelabah dia tatkala adiknya itu tiba-tiba mendekatkan diri kepadanya.

"Dani nak check akak la. Shhh.. diam la. Duduk diam-diam." Badan kakaknya itu ditahan olehnya agar segera berhenti. Steteskop pada poket pakaiannya itu dikeluarkan. Mujurlah dia bawa benda alah ni tadi. Tak perlu lah dia susah-susah nak berlari ke bilik kerjanya semata-mata untuk mengambil barang ini sahaja.

Dengupan nadi, jantung dan kadar oksigen kakaknya diperiksa olehnya. Positif. "Ok done! Kakak dijamin selamat dan sihat." Kata Haq dengan barisan gigi depan ditayangnya.

Puan Sri Salehah hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah Haq. Tak padan dengan muka ala-ala mafia, kerja nak membunuh orang aje. Tapi, perangai macam budak-budak bila dengan Orked.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now