Bab28

3.1K 100 17
                                    

Orked melihat dirinya pada pantulan cermin. Melihat dirinya pada cermin itu membuatkan Orked tidak percaya adakah ini dia ataupun tidak.

Mairah memang gila! Ada terbit rasa menyesal pula ikut idea gila rakannya itu.

Orked cepat-cepat ingin menukarkan pakaiannya sebelum pakcik dingin tu balik. Kalau tidak, memang hauk la dia. Namun, tidak sempat Orked ingin menukar kembali pakaiannya kerana
dia terdengar akan barangan jatuh. Lantas, dia memusingkan tubuhnya.

Bulat mata Orked saat melihat siapa yang berada di belakangnya.

Terus Orked menutup tubuhnya yang separuh terdedah itu walaupun dia tahu benda tersebut tidak akan memberikan sebarang kesan pun.

"En--encik..bi--bila sampai?" tergagap Orked saat dia utarakan pertanyaan.
Gerun dia saat terlihat figura Aryan yang berada betul-betul di belakangnya. Sudahnya Aryan memandangnya seperti hendak menelan dirinya sahaja.

Aryan berdehem seketika. Dia melarikan pandangan matanya dari terus melihat Orked yang berada di depannya itu.

"Ka--kaki you dah sihat ke, Cik Bunga?" tanya Aryan yang cuba mengawal suaranya.

Mendengar pertanyaan yang baru sahaja keluar dari mulut Aryan, Orked baru teringat yang kakinya itu masih belum pulih sepenuhnya. Dia segera mengaduh kesakitan, lalu terduduk di atas lantai.

Aryan kalut tatkala mendengar aduhan Orked itu. Dia segera menanggalkan jaketnya itu, lalu Aryan menyarungkannya pada tubuh Orked yang terdedah itu.

Aryan segera membantu Orked dengan mendukung Cik Bunganya itu. Orked apalagi. Dia terus melingkarkan lengannya itu pada leher Aryan dengan cara yang cukup lembut.

"You tahu kan kaki tu belum baik lagi. Tapi, ligat nak berjalan. Dah la halau I pergi kerja siang tadi. Tengok sekarang ni..."

Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya itu, Orked segera memintas. "Sekarang ni apa encik?" sedikit meleret suara Orked.

"Tergoda ke encik?" lagi meleret suara Orked.

Aryan melirikkan matanya ke Orked sekejap sebelum dia memandang ke hadapan semula. Dia menelan liurnya yang kelat itu.

You memang gila Cik Bunga! Siapa yang bagi idea gila ni? Cik Bunga I belum sembuh sepenuhnya lagi!

Mairah ke? Siap you Mairah! You ajar isteri I yang bukan-bukan je la!

Orked sudah tersenyum gembira! Tergoda letuw!

"Encik.." meleret sahaja suara Orked memanggil Aryan.

Aryan sudah menelan liurnya berkali-kali.

Cik Bunga! You memang buat I gila lah!

"Cik Bunga, behave." Aryan memberi amaran tatkala Orked bermain kolar kemejanya itu.

"Kalau saya tak nak?" tanya Orked. Dia masih lagi bermain dengan kolar kemeja Aryan. Dia mengangkat sebelah keningnya.

"You jangan cabar I cik Bunga. Takut nanti you yang merana."

"Ha? Apa dia? Saya tak dengar la encik." makin galak Orked bermain dengan kata-kata.

Aryan memandang Orked dengan mata helangnya itu sebelum dia mencampakkan cik Bunganya itu di atas katil.

"I dah kata jangan cabar I."

Orked sudah menelan liurnya.

Nak menyesal tak ada gunanya Orked!




Orked membuka matanya saat sinaran matahari terpacar pada wajahnya. Dia melihat jam yang terletak di meja bersebelahan dengan katil.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now