Bab36

3.1K 101 5
                                    

Datin Sri Zaharatulaila menoleh saat terasa bahunya disentuh.

"Kita bagi kakak rehat dulu, okay Mummy?" lembut saja suara Haq ketika itu.

Bahu Datin Sri Zaharatulaila dipeluknya. Dia tahu perasaan mummynya ketika ini.

"Mummy tak sangka dapat jumpa Ked semula. Banyak mummy nak tanya. Adakah dia hidup bahagia. Kenapa Rashdan buang dia. Macam-macam, Haq." pilu sahaja suara Datin Sri Zaharatulaila ketika ini.

"Nanti kakak bangun kita tanya dia okayh? Jom mummy." Haq memimpin tubuh mummy nya itu dengan memeluk bahu Datin Sri Zaharatulaila.

Sempat matanya melihat kakaknya yang sedang terlena di dalam bilik tersebut sebelum pintu yang terbuka luas itu ditutupnya.

"how condition kakak kau?" tanya Irfan dengan nada separa berbisik sebaik sahaja Haq membawa Datin Sri Zaharatulaila berehat di bilik milik mummynya.

"Macam tu la juga. Kandungannya still lemah. Aku tak sangka jantan tu buat akak aku macam ni." Haq mendengus kegeraman. Buku limanya dikepal saat mengingati keadaan kakaknya sekarang ini.

"Nama dia Tengku Aryan Syah, Iman. Jangan sesuka hati menghukum dia. Mana tahu dia ada sebab ke buat macam ni?" Belakang tubuh Haq diusapnya. Cuba menenangkan keluarga tirinya itu. Namun, tangannya ditepis kasar oleh lelaki itu.

Irfan yang berada di sebelahnya dijeling tajam. "Yang kau beria backup jantan tu dah kenapa? Memang dah agak dari dulu jantan tu tak baik. Sebab tu aku tak suka dia!"

"Iman..kan aku dah cakap. Tak baik menghukum orang sesuka hati. Better kau tanya dia depan-depan." Irfan masih lagi cuba ingin membela rakannya itu.

"Ahh! Sudah la kau. Jantan tu dengan kau sama je! Sesuka hati main perasaan perempuan. Pergi mampus dengan backup kau pada dia!" terus Haq meninggalkan Irfan disitu. Makin dia berlama disitu, makin sakit hati dia. Kenapa abang tirinya beria sungguh hendak pertahankan lelaki yang tak guna tu? Apa yang lelaki bodoh tu dah hasut abang tirinya?

HUH!

Kepala digelengkan. Macam mana kau buat kerja ni, Aryan? Kau memang gila! Dengan aku- aku sekali terbabit kena sembur!

Lantas telefon pintarnya diambil di dalam sakunya. Nombor seseorang didailnya.

"Jangan risau, dia ada dengan aku."














Orked membuka matanya saat sinaran matahari terpancar menyilaukan pandangannya.

Mata diliarkan dipelusuk kawasan yang dia berada sekarang ini.

"Kakak dah bangun?" tanya seseorang yang sedang membawa sebesen kecil yang berisi air serta tuala kering.

Orked mengerutkan dahinya. Dia cuba bangun dari pembaringannya dan menyandarkan tubuhnya pada kepala katil dengan bantuan Haq yang baru saja sampai di biliknya ketika ini.

"Berapa lama kakak tidur?" tanya Orked dengan suara yang lemah. Tekaknya terasa kering.

"Tiga hari." jawab Haq pendek. Punggung dilabuhkan di sisi Orked. Tuala kering itu direndamkan di dalam besen yang dia bawa tadi lalu diperahkan. Kemudian, Tuala tersebut dihalakan pada dahi kakaknya dan seterusnya dia mengelap tangan serta kaki wanita itu.

"Kakak nak air?" lembut saja suara Haq ketika itu. Perlahan dan penuh dengan kasih sayang.

Orked mengangguk lemah.

"Sekejap ye. Dani ambilkan kakak air." Haq mengangkat punggungnya dan mahu melangkah kakinya ke dapur yang berada di tingkat bawah. Namun, lengannya ditahan oleh Orked telah menyebabkan langkahnya itu terhenti.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now