Bab22

3.4K 108 17
                                    

Tengku Arsyad Syah menyergah abangnya yang ketika itu sedang leka dengan menaip sesuatu pada laptop.

"B***." carut Tengku Aryan Syah. Dia melihat Tengku Arsyad Syah dengan mata helang.

Tengku Arsyad Syah mengangkat kedua-dua belah tangannya seperti pencuri yang menyerahkan diri kepada pihak polis. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di atas pangkin tersebut.

"Marah-marah. Aku tak tahulah kalau si Orked tu tak tahan dengan sikap kau yang suka marah tu."

"Diam la kau!" jeling Tengku Aryan Syah.

"Relax la. Ni, kau dah jumpa tok kadi dekat Itali ke belum?" Tengku Arsyad Syah cuba menukarkan topik perbualan. Kita, janganlah kejutkan singa yang sedang tidur. Sekali dia marah, habis terbang semua benda.

"Dah. Linda yang settlekan."

"Yang kau ni dah kenapa pula? Gaduh dengan girlfriend ke?" tebak Tengku Aryan Syah saat dia melihat adiknya itu sedang menguis-nguiskan kakinya di atas rumput. Ni, kalau rumput palsu, mahunya haus.

Tengku Arsyad Syah memandang abangnya dengan muka yang sedih. "Macam mana kau tahu?"

"Pasal kau? Apa aje yang aku tak tahu? Kau pernah terberak dekat tadika waktu kecil-kecil dulu tu pun aku tahu tau."

Tengku Arsyad Syah menjeling tajam abangnya. Rahsia kita tu! Habislah tercemar air muka seorang jejaka ala-ala lelaki melayu terakhir ni.

TAGUNA!

Tengku Aryan Syah mengesotkan punggungnya itu agar merapati adiknya itu. Dia menepuk-nepuk perlahan belakang tubuh Tengku Arsyad Syah.

Selepas sahaja Tengku Aryan Syah menepuk-nepuk belakang tubuh Tengku Arsyad Syah, dia mengadu terus apakah masalahnya itu.

"Dia tu. Sampainya hati dia tak nak ngedate dengan aku. Apa besar sangat ke salah aku? Aku just suruh dia ikut plan umi aje." monyok sahaja muka Tengku Arsyad Syah ketika itu.

Tengku Aryan Syah hanya menggelengkan kepalanya berulang kali sahaja. "Kau ni. Kau tahu kan hubungan dia dengan umi macam mana? Kau ni pun. Bengap."

Tengku Arsyad Syah melepaskan nafas berat. Dia tak tahu bagaimana cara untuk uminya menerima Wafa dengan hati yang terbuka. Ye. Dia tahu mengapa umi begitu benci terhadap Wafa.

Nak tahu kenapa?

Syarat untuk menjadi suami kepada Nur Wafa itu adalah seseorang lelaki yang sudah habis khatam al-quran sebanyak tujuh kali dan hafal kesemua juzuk di dalam alquran. Kau gila?

Sebab itulah umi begitu benci dengan Wafa. Tapi, itu bukanlah salah Wafa.

Tengku Aryan Syah menepuk-nepuk perlahan belakang tubuh adik lelakinya itu. "Tabah ea. Kau yang pilih perempuan yang lebih beragama berbanding pilihan umi."

Tengku Arsyad Syah menjeling tajam abangnya yang berada di sebelahnya itu.

"Agak-agak la kau ni bang. Ungkit pula hal yang lama."

"Eh, betullah!"

"Patutnya kau bagi la kata-kata semangat dekat aku. Ini tak. Perginya ungkit hal lama tu dah kenapa?."

"Kau nak suruh aku bagi nasihat? Huh. Aku pun tengah tak ada semangat. Dah la. Lebih baik aku siapkan kerja-kerja aku ni dekat library." Tengku Aryan Syah mengemas-ngemas barang-barangnya. Dia kemudian memeluk barang-barangnya itu.

"Bye. Pandai-pandailah ye pujuk gurlfriend kau tu. Ouhh ye! Umi pun jangan lupa dipujuk supaya menerima kau punya gurl-gurl tu ye." pesan Tengku Aryan Syah sebelum dia meninggalkan kawasan pangkin tersebut.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now