Bab30

3K 84 14
                                    

Fikiran Orked masih lagi melayang memikirkan kata-kata yang diberikan oleh doktor sewaktu dia dan juga Mairah serta kak Linda ke klinik tadi.

"Tahniah puan Orked. Kandungan puan Orked dah dua minggu. Saya harap, puan jagalah kesihatan puan serta kandungan ni ye."

Orked mengeluh lemah. Dia mengusap perutnya yang masih tidak nampak lagi babybumpnya itu. Bukannya dia tidak gembira dengan kehadiran janin kecil yang ada di dalam perutnya itu. Namun, hubungan diantara dia dan juga Aryan masih lagi dalam keadaan yang tidak baik.

"Dah la tu. Dari balik jumpa doktor sampai sekarang aku tengok kau ni asyik mengeluh saja. Patutnya kau kenalah gembira. Because you will become a mom! Betul tak kak Linda?"

Kak Linda hanya mengangguk kecil.

"Dah la tu merajuknya. Tak baik tahu tak merajuk lama-lama." Humairah meletakkan susu panas diatas meja di mana kedudukannya itu berhadapan dengan Orked.

Orked menjeling tajam rakannya itu. "Susu panas? Bukan tadi aku order ice choco ke? Kenapa tetiba susu panas pula yang mendarat depan mata aku?" adu Orked tidak puas hati.

"Kau tu mengandung. Tak bagus minum ais." Humairah melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan dengan Orked. Manakala, Linda melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Humairah.

"Haih. Masa mak ngah aku mengandungkan si Luth tu, dia minum ais elok aje makcik aku tu. Kau pula yang melebih." Orked memutarkan bebola matanya ke atas.

"Ala minum aje la. Punya la aku beratur panjang tadi semata-mata nak belikan susu panas ni untuk kau. Bersyukur la sikit."

Tapi, insan yang bernama Orked ini amat benci dalam minuman berkafien dan juga susu. Kenapa harus dia yang minum?

Dengan keterpasaan juga, Orked terpaksa juga minum. Dia tak mahu nanti ada seribu satu bebelan yang rakannya itu keluarkan. Pening. Cukuplah dia pening bagaimana ingin berbaik dengan encik suaminya itu.

Wajah Orked menjadi kelat tatkala dia merasai air susu panas tersebut.

"Air apa ni?"

"Air susu la." jawab Humairah ringkas.

"Apasal tak sedap?"

"Kau sorang je rasa macam tu." jawab Linda bersahaja.

"Tak nak la aku minum lagi." Orked tolak ketepi gelas yang berisi air susu panas itu.

Kini matanya pula beralih kepada Linda.

"Akak..boleh tak Orked pesan air lain? Air susu tu tak sedap la kak."

Linda tidak memberikan jawapan. Dia hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu.

"Ala... akak boleh la. Boleh la." Orked buat muka kesiannya itu.

"Tak payah kak. Ngada-ngada je dia ni nak air lain." pintas Humairah.

"Minum aje la!." sambung Humairah lagi.

Orked sudah memuncungkan bibirnya. Dia menarik semula gelas tersebut lalu dia suakan gelas tersebut ke mulutnya.

Kali pertama merasa air susu tersebut membuatkan dia ingin muntah. Namun, dia tahankan juga.

Kemudian, kali kedua dia merasa air susu tersebut, dia terus berlari ke tandas. Dia perlu mencari tandas sekarang ini.

Humairah memandang Linda. Linda memandang Humairah.

"Ni, Mairah la punya pasal. Akak pergi tengok Orked dulu." Linda mengejar langkah Orked.

Orked berlari ke tandas. Namun, malang tidak berbau, dia terlanggar dengan seseorang. Lagi malang nasib orang itu kerana terkena muntahan Orked.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now