Bab1

7.9K 120 22
                                    

Orked Imani menunggu di hadapan pintu utama dewan tersebut sambil matanya sibuk menilik jam yang terletak di tangan kanannya.

Tak akan la? Begitu sekalikah ayah lupa hari yang bahagia ini?

Sudah hampir dua jam Orked Imani menunggu ketibaan ayahnya yang tersayang.

Adakah aku sahaja Orang yang menanti ketibaan manusia yang tidak mungkin akan datang?

Setelah penat memujuk hati, Orked Imani membuka jubah graduasi yang disewanya dengan harga RM70 dan dia terus memulangkan jubah tersebut ketempat yang sepatutnya dengan langkah yang longlai.

“Nama?” tanya seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 20-an yang bertanggungjawab dalam pengumpulan barangan yang berkaitan majlis graduasi tersebut. Orked Imani memberitahu akan namanya lalu dia menyangkut jubah tersebut pada tempat yang ditunjukkan oleh wanita tersebut. Sesudah selesainya hal yang berkaitan dengan majlis graduasi pada hari ini, Orked Imani berjalan longlai ke parkir motosikal di mana Cik Kiah kesayangannya itu ditempatkan.

Orked Imani reda akan yang berlaku pada hari ini. Mungkin, hari ini bukanlah rezekinya untuk bergambar berdua-duaan dengan hero kesayangannya. Kalau tidak disebabkan oleh adik serta ibu tirinya itu, sudah pasti ayahnya itu akan hadir pada hari yang begitu penting seperti hari ini. Sedang dia yang hampir menangis di kawasan tersebut, tiba-tiba sahaja terukirnya senyuman pada bibir comelnya itu.

Tak sangka dia datang...Orked Imani mengerdipkan matanya sebelum dia berlari mendapatkan seseorang yang dia perlukan sekarang ini. Benar-benar diperlukan.

“Ked!!!!” jerit seseorang sebelum dia membalas pelukan Orked Imani.

“Mairah..a--aku tak sangka engkau datang hari ini. Aku ingatkan kau terlampau sibuk sehinggakan tiada masa hendak hadir.” Kata Orked Imani dengan tambahan suara tangisannya itu.

Nur Humairah hanya mengusap belakang tubuh kawannya itu. “Tak mungkinlah aku tidak datang. Sesibuk mana pun aku terhadap kerjaya aku, Nur Humairah tidak akan melupakan sahabat dia yang telah mewarnai hidupnya sejak sekolah rendah lagi. Dah la janganlah nangis. Aku kan dah datang.” Dia cuba memujuk kawannya itu.

“Ayah aku tak datang, Mairah. Jijik sangat ke aku ni? Ditinggalkan oleh mummy. Dibuang oleh ayah. Adakah aku ini tidak penting bagi dia, Mairah? Siapa sebenarnya anak kandungnya? Akukah ataupun Iera?” makin kuat tangisan Orked Imani ketika dia menghabiskan ayatnya itu. Sedih, pilu. Itulah yang dia sedang rasa ketika ini. Dia ingin kongsikan hari yang cukup bahagia dengan orang yang tersayang setelah dia berhempas dengan pelbagai rintangan untuk memperoleh segulung ijazah.

Nur Humairah sekali lagi menenangkan sahabatnya itu. Ya, dia tidak tahu akan keperitan dalam kehidupan yang dihadapi oleh Orked Imani. Namun, dia tahu akan segala jalan cerita kehidupan rakannya itu. Kedua ibu bapa Orked Imani telah bercerai sewaktu rakannya itu berusia 17 tahun iaitu pada 8 tahun yang lalu dimana sahabatnya itu ingin kongsikan hari bahagianya seperti sekarang ini. Tapi, hari bahagia itu telah bertukar kepada hari yang penuh dengan kedukaan, keperitan, tangisan. Bukan itu sahaja, setelah ayahnya iaitu Encik Rashdan berkahwin dengan isteri yang baharu, sikap ayahnya yang terlampau sayang akan anaknya itu sekelip mata sahaja hilang. Entah ubat guna-guna apa yang Puan Ida berikan kepada Encik Rashdan sehinggakan sikap ayahnya Orked Imani ini telah berubah 180 darjah. Namun, mujur la ada seseorang yang boleh melindungi sahabatnya, tidak lain tak bukan Puan Sri Salehah yang tak asing dengan panggilan ‘mak ngah’ oleh Orked Imani.

“Urmm..alang-alang engkau dah graduate ni kan, apa kata aku belanja kau makan? Nak?” tanya Nur Humairah kepada sahabatnya itu.

“Aku rasa tak bolehlah Mairah. Mungkin ibu sedang menungguku di rumah. Jikalau aku tidak pulang, mungkin berbirat badan dia kerjakan aku.” Orked Imani merungkaikan pelukan antara dia dengan Nur Humairah.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now