Aryanmenggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Aduhai! Apakah yang harus dia lakukan sekarang ini? Naik geleman dia melihat wajah rakan baiknya itu.
“Dah la tu. Aku tengok kau macam bapok yang kena tinggal dengan mak ayam saja la.” kata Arsyad yang tiba-tiba sahaja muncul dari tingkat atas.
Menjeling tajam Irfan. Bapok dia kata aku? Nak kena lada ke mulut tu?
“Kau diam! Sibuk ajelah. Aku tengah pujuk abang kau supaya cancelkan semuanya. Kena tunggu aku balik, baru boleh nikah! Huh!” bentak Irfan.
“Halah. Kau ni bukannya menteri pun. Setakat kau sorang tak ada, buat apa nak cancel. Kau ingat cancel ni macam tu ajeke? Semudah abc ke? Orang dah susah-susah prepare, kau pulak suruh abang aku cancelkan semua. Banyak cantik muka kau.” selamba sahaja Arsyad menyembur ayat-ayat pedas.
“Hesh, kau ni kan! Nasib kau ni adiknya Ryan. Kalau tak, memang aku campak kau dekat laut mati sana!”
“Sudah. Sudah. Aku kurung juga kau orang berdua ni dekat zoo sana. Bising betullah.”Aryan mencelah. Naik pusing kepalanya.
“Yang kau ni, dah tak nak naik flight ke? Ibu dah tunggu tu.” Aryan menunjuk ke arah Datin Sri Zaharatulaila dengan memuncungkan mulutnya.
Namun, Irfan masih lagi dengan muka seposennya itu.
“Hesh! Dah la. Aku ikut teman abang aku ni, bukannya nak tengok muka kau macam ayam yang sudah dijandakan.” betul bukan? Sebenarnya dia tidak rela nak meneman abangnya ini untuk menghantar pemergian Irfan ke tanah suci. Tapi, memandangkan adik kesayangannya itu menyuruhnya untuk menggantikan tempat adiknya itu, terpaksalah dia akur. Kalau tidak, seribu satu malam kena pujuk Riean merajuk.
“Sibuk la kau!” jeling Irfan.
“Kau ni pun. Tak payah la macam budak-budak. Kau ingat senang ke aku nak batalkan semua tu? Aku dah buat persiapan semuanya tahu tak. Lagipula, ibu beritahu aku last minit. Cuba ibu beritahu awal, semestinya aku akan tunggu kau. Dah-dah. Pergi masuk flight sana.” Aryan menolak-nolak tubuh Irfan agar segera beredar dari situ. Sakit otak dia malam-malam melayan perangai ribena rakannya ni.
“Sampainya hati kau halau aku kan?” cemeh sahaja wajah Irfan ketika ini.“Perangai tu tak payah serupa sotong la, Irfan. Kau tu dah tua bangka. Walaupun lagi tua aku. Dah-dah. Abang aku dah halau kau tu. Pergi la sana.” geleman betullah. Sudahlah tengah malam begini. Patutnya inilah waktu dia sedang diulit mimpi.
“Hmm yelah lalat. Penyibuk betullah. Aku baru nak pujuk abang kau. Kau pula datang mengacau. Samalah macam lalat.” akhirnya Irfan menyerah dalam memujuk Aryan.
“Aku pergi dululah. Ingat ye Ryan. Nanti kenalkanlah isteri kau tu dekat aku ye.” sambung Irfan semasa dia memeluk tubuh rakannya itu. Selepas sahaja Aryan, kini giliran Arsyad pula yang menjadi mangsa pelukkan Irfan. Walaupun Arsyad cuba menolak pelukkan tersebut berulang-kali, namun Irfan tetap memaksa.
Umi tolong! Arsyad dah tak suci!
Selepas sahaja sesi pelukkan itu berakhir dan juga Irfan sudah masuk di kawasan pelepasan, Aryan segera mengeluarkan telefon pintarnya itu. Dia perlu menghantar pesanan kepada Orked sama ada sudah selamat sampai ke Itali atau belum.
+You dah selamat sampai ke Cik Bunga?
-Dah. Saya dah selamat sampai. Eh, awak ni tak tidur lagi ke? Dekat Malaysia bukan dah malam ke sekarang ni?
+I baru lepas hantar Irfan. Fuhh, naik penat I untuk explain satu-satu dekat dia. Macam I kena explain dekat Isya. Ha, macam tu la.
-Saya lupa pula yang kawan encik tu nak pergi buat umrah. Ouhh ye, encik tu jangan lupa rehat ye.

YOU ARE READING
ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)
Romantizm[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan kewangan yang ingin mencari pekerjaan sebagai akauntan di sebuah syarikat yang dikenali ramai iaitu ARNIS Holdings yang diusahakan oleh usah...