Bab 14

4K 126 9
                                    

Orked Imani menongkat dagunya dengan kedua-dua belah tangannya di atas bar. Tak sangka pula tengah-tengah malam macam ni Tengku Irsya Syah request untuk memakan chicken chop. Dengan tergesa-gesanya mengakibatkan dia tidak sempat untuk mencapai sebarang tudung

Moga tiadalah jejaka yang akan melalui kawasan tersebut pada waktu-waktu begini.

"Sedap tak Isya?" Orked Imani ralit melihat aksi Tengku Irsya Syah menjamu selera. Nampak sangat laparnya tu.

"Sedap mama!" jawab Tengku Irsya Syah dengan mulut yang penuh.

Orked Imani masih lagi memandang wajah Tengku Irsya Syah. Kasihan sungguh anak kecil ini. Si bapa pun satu hal. Tak payahlah mengherdik anak kerana membuat satu kesalahan yang kecil. Apalah susah sangat nak tegur dengan cara yang baik. Ini tidak. Dia juga yang kena tempiasnya.

Masih terngiang-ngiang lagi di halwa telinganya perbicaraan antara Orked Imani dan juga Tengku Aryan Syah.

"You tak payah sibuk hal family I. You tu hanya orang luar je."

"Ingat perjanjian kita Cik Bunga. Jangan sampai one day you berat hati nak tinggalkan Isya sebab manjakan dia sangat."

"You jaga hal you sendiri je Cik
Bunga."

Bila Orked Imani mengingati kembali apa yang diperkatakan oleh Tengku Aryan Syah itu, membuatkan dia rasa sakit hati. Rasa nak lempang-lempang sahaja muka pakcik dingin itu.

"Mama, kenapa mama dengan papa tak tidur shama-shama? Semua kawan Isya punya mama dengan papa diaorang tidur shama-shama." Tengku Irsya Syah masih lagi ralit dengan makanannya itu.

Orked Imani sudah menelan liur. Tak tahu jawapan apa yang paling sesuai untuk dia berikan kepada Tengku Irsya Syah. Kenapalah soalan itu yang tiba-tiba muncul dari bibir si kecil itu?

"Sebab mama dengan papa belum kahwin lagi. Macam mana nak tidur sebilik." jawab satu suara yang muncul di dapur.

Bulat mata Orked Imani saat melihat gerangan suara tersebut. Cepat-cepat dia tutupkan kepalanya itu dengan hoodie. Mujurlah dia memakai hoodie pada waktu begini.

"Encik!!!" jerit Orked Imani. Memang tak sempat dia hendak tutupkan kepalanya kerana lelaki yang berada di hadapannya itu sudah melihat kesemua aurat rambutnya.

Benci sungguh!

Tengku Aryan Syah hanya membuat muka tidak tahunya sahaja. Dia menarik kerusi di sebelah Tengku Irsya Syah, kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.

Orked Imani yang melihat wajah Tengku Aryan Syah ketika itu rasa hendak terajang terus.

Menyampah!

"Mama, Isya dah kenyang." Tengku Irsya Syah bangkit dari dudukannya itu sebaik sahaja Tengku Aryan Syah selamat menghenyakkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan bar.

Pandangan Orked Imani jatuh kepada Tengku Irsya Syah.

"Dah kenyang? Tapi, makanan Isya belum habis lagi ni." kata Orked Imani.

"Tak apalah, kalau macam tu. Isya pergilah naik dulu. Nanti mama naik ke bilik ye." sambung Orked Imani tatkala dia tidak mendapat sebarang reaksi daripada Tengku Irsya Syah.

Orked Imani kemudiannya memandang Tengku Aryan Syah dengan mata helangnya itu sebaik sahaja figura Tengku Irsya Syah hilang dari pandangan matanya itu.

"Apa?" tanya Tengku Aryan Syah seperti tiada rasa bersalah di dalam dirinya.

"Encik la ni!"

"Apa? I tak buat apa-apa pun." Tengku Aryan Syah menarik pinggan Tengku Irsya Syah. Kemudian, dia memasukkan potongan daging ayam yang tidak diusik oleh Tengku Irsya Syah sebentar tadi.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now