Selepas sahaja Aryan dan juga Orked sudah selamat diijabkabulkan di bumi Itali, masing-masing sibuk dengan urusan kerja yang perlu diselesaikan. Aryan yang terpaksa masuk ke pejabat sedangkan cutinya berbaki lagi satu bulan tiga puluh hari. Tapi, disebabkan dia sedang menghandle projek besar yang membawa keuntungan yang banyak kepada syarikat, terpaksalah dia masuk ke pejabatnya dengan segera.
Namun, berita tidak menyenangkan sudah keluar sewaktu Tengku Mansor sekeluarga ingin pulang ke Malaysia. Berita buruk tersebut adalah, Arsyad membuat pilihan untuk berpindah ke Korea Selatan atas faktor patah hati kerana ditinggalkan oleh kekasih pengarang hatinya itu.
"Macam mana keadaan Riean sekarang?" tanya Aryan sambil menghulurkan tali leher pemberian isterinya itu. Inipun, terpaksa dia memakainya kerana telah dipaksa oleh sang isteri.
"Hmm..macam itu juga la wak. Saya pun tak tahu la." Orked menyambut huluran tersebut. Dia terpaksa menjengketkan kakinya kerana ketinggiannya paras dada suaminya sahaja.
Seperti tahu akan kesukaran sang isteri, Aryan segera membongkokkan tubuhnya supaya memudahkan urusan Orked dalam pemakaian tali leher untuknya.
"I pun pelik la dengan si Arsyad tu. Baru putus cinta, dah bawa diri ke Korea. Apa? Kalau dekat Malaysia ni takut terjumpa dengan si Wafa tu ke? Huh! Wafa tu dah terbang ke Mesir sana. Tak adanya la bertembung."
"Biarlah dia. Mungkin cara tu boleh merawat hatinya. Awak apa tahu."
"Nah. Briefcase awak." Orked menghulurkan briefcase Aryan selepas sahaja dia selesai mengikat tali leher suaminya.
"Thanks."
"Nanti I call Irfan suruh dia datang tengok-tengokkan si Riean tu. Irfan sorang je yang boleh pujuk Riean kalau ini berkaitan dengan Arsyad."
"Hmm.." kata Orked pendek sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman walaupun ianya agak kekok sebab pertama kali. Inipun atas permintaan dia sewaktu malam selepas mereka berkahwin.
Tanpa teragak-agak, menyambut huluran tangan isterinya itu.
"Hari ni awak balik pukul berapa?" tanya Orked.
"I belum tahu lagi la Cik Bunga. Why you tanya?" tanya Aryan sambil mereka berdua beriringan keluar bersama dari bilik tidur.
"Nothing." jawab Orked pendek.
"You nak dinner sama-sama ke?" tebak Aryan. Yah! Tebakkan lelaki tersebut tepat sekali!
"Err..yes.."
"Okayh. I try balik awal ye?" kata Aryan sambil menggosok kepala isterinya yang tersarung tudung sarung hitam itu.
Orked tersenyum gembira. Dia seperti mahu menjerit sekarang ni. Auch! Pakcik dingin kita ni! Macam tahu-tahu je apa yang kita mahukan.
"Ouhh ye awak... Balik nanti, awak boleh singgah pasar sekejap? Saya nak pesan barangan dapur." kali ini mereka berdua beriringan memasuki lif.
"Hmm..If I kata tak boleh, you nak harapkan siapa pula kan."
"Nanti you hantar list barang yang I perlu beli. I akan cuba untuk pergi ke pasar."
Makin berbunga hati Orked. Uhuk! First-time pakcik dingin kita setuju setelah dua minggu I berbuat demikian.
YOU ARE READING
ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)
Romance[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan kewangan yang ingin mencari pekerjaan sebagai akauntan di sebuah syarikat yang dikenali ramai iaitu ARNIS Holdings yang diusahakan oleh usah...