Bab8

4.4K 134 7
                                    

Orked Imani melihat gambar-gambar yang tergantung di bilik Tengku Irsya.
“Sama bukan?” tegur seseorang dari arah belakang secara tiba-tiba.

“Eh, Riean. Sorry la. Orked tak sengaja tengok gambar-gambar ni.” kata Orked Imani dengan jujur. Sebenarnya tadi dia agak terkejut dengan orang yang berada di dalam gambar ini. Tak sangka pula memang sama dengan muka dia. Patutlah Tengku Irsya boleh-boleh mengatakan yang dirinya ini adalah mama Isya.

“Cantik orangnya.” puji Orked Imani. Dia melihat gambar perkahwinan Tengku Aryan Syah dan Anis.

“Sebab tu abang tergilakan dia. Sampai sekarang.” kata Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz pendek.

“Boleh Orked tanya, macam mana Anis ni pergi meninggalkan korang? Mak Nab kata dia meninggal sebab rakannya. Betul ke? Maaf la kalau Orked tanya soalan sensitif.”

“Kak Anis memang ada penyakit sebelum tu. Kanser tahap empat. Tapi, masa itu doktor kata dia boleh sembuh jika dia ikut SOP yang doktor aturkan untuk dia.”

“dan dia lebih percayakan kawan dia yang busuk hati sebab kawannya tu tak dapat kahwin dengan abang Ryan. Gila ke apa nak kahwin dengan abang Ryan? Dia tu bukan islam.”

“Lepas sahaja dia ikut rancangan kawan dia untuk pergi berubat, kesihatan kak Anis semakin merosot. Walaupun, sudah mengikuti SOP yang diaturkan oleh doktor.”

Orked Imani hanya mengangguk kecil sahaja kepalanya. Dia masih setia mendengar penerangan seterusnya.

“Itu sajalah yang Riean boleh beritahu. Selebihnya, takut terbuka aib mana-mana pihak.” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz mengakhiri penerangannya.

“Eh, mana Isya? Dari tadi Riean tak nampak dia pun. Takkan la lepas papa dia ambil dari tadika, terus menghilang seperti biskut chipsmore?” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz cuba mengubah topik perbualan mereka. Tak mahulah dia isu mengapa kak Anis meninggalkan mereka sekeluarga dipersoalkan oleh Orked Imani. Biarlah ia menjadi sebagai suatu kenangan.

“Dah membuta. Agaknya letih sangat dekat tadika tu.” jawab Orked Imani pendek.

“Terima kasih la Orked, sebab sudi terima perjanjian tak masuk akal abang Ryan tu. Terubat sikit rindu Isya dekat arwah mama dia.” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz berterima kasih kepada Orked Imani kerana sudi terima perjanjian bangang dan tak masuk akal itu. Pada mulanya, dia memang la marah pada abang sulungnya itu. Namun, apabila dia melihat muka ceria Tengku Irsya, terus lesap kemarahan dia itu.

“Sama-sama.” jawab Orked Imani pendek.

“Ouhh ye. Orked nak tahu tak? Riean rasa Orked sorang je yang mantul dengan kekacakkan abang Ryan tu. Orked la orang pertama yang cool dan humble bila jumpa abang.” kata Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz dengan jujur.

Orked Imani hanya tertawa kecil. “Kenapa pula Riean cakap macam tu pula?”

“Iyelah. Perempuan lain menjerit macam kena histeria bila jumpa abang Ryan. Tergila-gila sampai nak jadi pengganti kak Anis. Yahh, sama macam kawan kak Anis tu, Laura Amber.”

“Siapa je nak suka dia. Muka macam bapak singa pun ada. Takkan la perempuan lain tak boleh bezakan mana manusia, mana bapak singa? Pelik la juga Orked.” Orked Imani memberikan kenyataan yang benar dari hatinya. Memang benar bukan? Siapa je yang nak suka orang dingin seperti Tengku Aryan Syah itu?

“Iye tak ya juga. Betul apa yang Orked cakap tu. Kekadang Riean sendiri pun naik gerun nak bercakap dengan abang Ryan tu.”

“Eh dah la. Jom kita ke laman belakang? Boleh la tolong-tolong umi tanam pokok bunga. Nanti, kalau dah ada hasil boleh lah hantar ke kedai bunga Riean.”ajak Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now