Bab 43

1K 33 7
                                    

Kain basah diperah. Kemudian, seluruh tubuh isterinya dilap. Wajah isterinya dilihat dengan penuh kasih tatkala Aryan selesai mengelap tubuh isterinya. Tubuh dibongkokkan. Lalu, telinga Orked didekatnya.

"Sayang, harini genap sebulan sayang tidak sedarkan diri. Kalau lagi sebulan, sayang tak sedarkan diri lagi, abang redha. Mungkin jodoh abang dengan sayang dekat dunia sampai sini je." bisik Aryan. Bergetar suaranya akibat menahan tangisannya dari pecah.

Ya! Kalau umur isterinya tidak panjang, mungkin disini sahaja jodoh mereka.

"Shhh sayang tak mahu nangis." Aryan mengesat air mata Orked tatkala dia melihat kewujudan air jernih itu mengalir perlahan. Aryan tahu isterinya sedang mendengar apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Masuk!" arah Aryan. Air jernih yang tersisa dipipinya itu dilap perlahan. Dia tak mahu nampak lemah.

"Tengku, berita mengenai Amiera dah keluar. Mayatnya dibuang di tepi sungai." Terang Linda sebaik sahaja kakinya selamat menapak disebelah Aryan.

Kepala diangkat. Terkejut dengan berita yang disampaikan itu.

Maknanya, Dani tak main-main. Dani memang gila!

"Terima kasih Linda. You boleh keluar sekarang."

Linda menunduk hormat dan pamit pergi. Namun, langkahnya terhenti saat namanya dipanggil.

"Yes Tengku?" Kening dinaikkan.

"Batalkan semua appointment saya untuk masa sebulan. Segala projek tolong serahkan pada unit management."

Linda menjatuhkan kepalanya saat mendengar arahan yang dikeluarkan oleh Aryan.

"Lagi satu, kalau wartawan nak interview saya, sila tolak atau serahkan kepada Irfan."

"Baik Tengku. Saya keluar dulu ye." pamit Linda sekali lagi.

Keluhan kecil dilepaskan. Aryan terduduk di atas kerusi yang berada di samping Orked itu.

Sayang, adik awak memang gila! Baka mak ngah betul!






Pintu dirempuh dengan kuat. Mukanya memerah menahan marah.

"Kau buat hal lagi, Iman." kembang-kempis hidungnya menahan marah. Buku lima digepal.

Cawan kopi yang dihirupnya tadi diletakkan di atas meja. Senyuman sinis terbentuk pada bibir Haq.

"Aku kacau sikit je." kata Haq dengan senyuman sinis pada bibirnya itu.

"Sikit kau kata? Hey! Kau dah bunuh dia Iman! Kau dah janji kan dengan aku tak nak buat kerja kotor tu lagi?! Mana janji kau?!!" Meja ditepuk kuat oleh Irfan. Nadanya naik seoktaf sehinggakan akan terlihat urat-urat yang terkeluar dari kepalanya itu.

"Aku dah warning dia jangan kacau akak aku lagi. Tapi, dia degil. Tulah makan dia. If dia tak kacau akak aku, I will not to kill her. Dia yang buat pilihan macam tu. So, I have no choice." dingin sekali nada Haq ketika mengungkapkan ayat tersebut.

Irfan mengurut kepalanya. Dia beristighfar di dalam hati supaya dirinya dapat bersabar. Haih la adik tiri aku yang sorang ni.

"Kau boleh jer sumbatkan dia dalam penjara balik. Biar polis buat kerja-kerja tu semua."

"Lambat. Lagipun, liat sangat budak tu nak mampos. Jadi, biar aku jelah yang buat senang." Senang je Haq menjawab.

"Ni kalau ibu tahu, mati kau Haq."

"Mummy takkan tahu kalau kau tak beritahu dia." datar dan dingin sahaja suara Haq.

"Dah la berambus. Aku ada kerja sekarang ni." kata Haq tanpa memandang Irfan yang berada di hadapannya itu.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now