Bab 5

2.3K 83 11
                                    

WHAT?!!

Hampir hendak pitam Orked Imani apabila mendengar ayat tersebut. Jadi babysitter? Heyh! Dia mana ada pengalaman menjaga budak kecil.

“Encik ni merepek tahu tak? Saya datang sini bukan hendak mencari kerja sebagai babysitter, tetapi sebagai pembantu dalam unit perakaunan. Saya mana ada ijazah pasal jaga budak-budak. Memang merepek!” kembang kempis hidung Orked Imani ketika mengeluarkan sesuatu kenyataan yang dia pasti itu adalah yang sewajarnya.

“I bagi you gaji sama banyak dengan gaji yang kerja you inginkan itu.”

“Tapi, itu tetap bukan kerja yang saya mahukan. Pftttt merepek tahu tak!” Orked Imani bingkas bangun dari dudukannya itu. Apa yang dia mahukan sekarang ini adalah rumah. Ya! Dia mahu pulang sekarang ini.

Namun, langkah pada kakinya berhenti saat nilai yang ditawarkan oleh Tengku Aryan Syah itu.

“I bagi gaji you tiga kali ganda daripada gaji sebagai pembantu akauntan. So?”

Tiga kali ganda?!! Lelaki itu memang benar-benar mengancam jiwa mata duitannya itu. Kalau dia tidak menerimanya, semestinya dia tidak bisa memberikan sebarang reaksi positive tentang pekerjaannya kepada ibu. Namun, jika dia menerimanya apa dia mampu untuk menjaga budak perempuan tersebut?

Orked Imani kembali memusingkan tubuhnya.

“Kalau saya terima, apa janjinya? Adakah saya akan kekal selamanya sebagai babysitter?”

Only 3 months Cik Bunga. I know my daughter.”

“Lepas tiga bulan tu? Adakah encik baru betul-betul terima saya sebagai pembantu bahagian perakaunan itu?”

Tengku Aryan Syah mengeluh kasar.

“Tengok tu! Bagaimana saya ingin mempercayai setiap butir kata yang encik lontarkan itu?” Orked Imani mencelah tatkala dia melihat Tengku Aryan Syah mengeluh kasar.

“Yes. Kalau itu yang Cik Bunga mahukan.”

Terberhenti cerita Orked Imani tatkala dia mendengar rakannya itu ketawa tidak ingat dunia.

“Aku tak buat lawak la Mairah! Ada ke patut muka aku yang lawa ni dia minta aku jadi babysitter anak dia? Hish!” marah Orked Imani. Nur Humairah pun satu hal! Gelakkan dia macam apa entah. Rasa nak sepak-sepak aje muka rakannya itu.

“Tak ada la. Cerita engkau ni aku rasa boleh masuk maharaja lawak tahu tak? Yang peliknya aku sekarang ni, bukan senang bos hot tu nak lantik babysitter anak dia sesuka hati sahaja.” Nur Humairah mengesat air matanya yang keluar akibat ketawa bagai nak rak itu.

“Entah la. Padahal aku pakai mask masa tu. Macam mana entah budak tu cam aku. Muka aku ni ada nampak macam mama dia ke Mairah?” tanya Orked Imani.

“Entah la. Tapi, aku ada dengar budak bahagian lobi tu membawang pasal engkau. Dia kata mata engkau ada iras-iras Puan Anis. Tapi, bagi aku lagi lawa Puan Anis. Engkau ni macam kureng.” Nur Humairah meneliti penampilan Orked Imani dari atas ke bawah.

Orked Imani hanya menjeling tajam rakannya itu. Kurang asam jawa punya kawan! Makin menaikkan darah dia ada lah!

“Habis tu engkau terima ke Orked?” Nur Humairah menghirup kopi’o panas. Hanya kerana perkara bangang dan tak masuk akal ini, Orked Imani boleh-boleh ingin berjumpa dengannya. Macam tak boleh nak tunggu lagi seorang kawan aje minah ni.

“Terpaksalah aku terima. Engkau ni macam tak tahu pula kan? Dia tawarkan jawatan yang aku mahukan selepas tiga bulan.” kata Orked Imani dengan selamba sambil mengacau minuman yang berada di hadapannya itu.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now