BAB 40

1K 45 10
                                    

Orked memegang dadanya. Pantulan dirinya di cermin itu ditenung lama dengan bekas air matanya. Masih teringat akan kemesraan Amiera dan juga suaminya, Aryan.

Perut yang masih lagi nipis itu dipegang perlahan. "Baby, papa buat semua ni dekat mama bersebab kan? Betul tak?" Orked berinteraksi seorang.

"Bagitau mama yang semua ni mimpi aje kan baby?"

Allahu! Orked memejamkan matanya. Dia seperti tidak tahan dengan semua ni. Dengan perkara yang dia tidak tahu apa yang dibuat oleh Aryan. Namun, semuanya ini sungguh sakit.

Abang..Orked rindukan abang. Kenapa abang buat semua ni dekat Orked? Dah tak sayangkah abang dekat Orked?

Bibir melorekkan senyuman. Abang nak tahu tak? Irsya bakal dapat adik. Baby tak cerewet. Orked tiada mengalami morning sickness pun.

"Hmm!" sahut Orked tatkala dia mendengar ketukan pintu biliknya dari luar.

"Orked! Buka la pintu ni! Kau dari tadi duk terperuk aje dalam bilik. Risau la aku!" panggil Humairah di luar bilik.

"Aku okayh la! Tak payah sibuk!"

"Kalau kau okayh, buka la pintu ni! Isikan perut kau tu! Perut kau kosong tu!" kata Humairah di luar bilik.

"Tak nak! Aku tak lapar!"

"Orked!! Buka la!" masih tidak berputus asa. Pintu bilik Orked diketuk bertalu-talu dari tadi. Humairah mengharapkan bahawa rakannya itu segera membuka pintu bilik.

Orked memekakkan telinganya. Langkah diaturkan ke katil bersaiz king miliknya. Dia mahu berehat. Kepalanya sakit sangat. Mungkin penat menangis.

"Amacam kak Mairah?" tanya Haq sebaik sahaja dia tiba di tingkat di mana bilik tidur milik kakaknya, Orked itu berada.

Humairah mengeluh perlahan. Badan dipusingkan menghadap Haq. Kepala digelengkan perlahan. "Masih sama." kata Humairah.

"Akak risau la Dani. Tadi, balik dari restoran tu, Orked langsung berkurung dekat bilik. Mahunya jadi apa-apa, macam mana? Dia tu dah la mengandung." kata Humairah perlahan. Sedih dia melihat keadaan rakannya ketika ini. Tergamak betul 'boss hot' melakukan semua ini pada rakannya. Apa tak cantik ke rakannya itu? Kalau mahu dibandingkan dengan perempuan perampas itu, seharusnya rakan dia itulah akan memenangi tempat pertama. Tak perlu bertanding, rakannya itulah pemenang.

"Tak apalah. Kita tengok dia dalam dua jam. Kalau dia masih berkurung juga, terpaksa la Haq buka pintu kak Orked dengan kunci pendua. Sekarang ni, kak Mairah makan jelah dulu. Lagipun, mummy dah siapkan makanan tu dekat bawah." Haq cuba memujuk Humairah.

Humairah mengangguk perlahan. Kakinya ditapak menuruni anak tangga.

Skrin di telefonnya itu diseret ke atas. Sistem CCTV yang telah dia pasangkan di bilik Orked itu diaktifkan. Haq hanya perlu melihat keadaan kakaknya itu melalui CCTV sahaja. Kalau keadaan kakaknya masih sama, terpaksa dia membuka pintu bilik kakaknya dalam keadaan paksaan.

"Dani! macam mana?" tanya Humairah sebaik sahaja dia selesai menjamu selera. Dia memasuki bilik pejabat Haq dengan membawa secawan air coklat panas.

"Masih sama. Kak Ked masih baring. Agaknya tengah tidur kot." jawab Haq.

Punggung dihenyakkan di atas kerusi bersebelahan dengan Haq. Dihirupnya air coklat panas.

Mata dikecilkan. Skrin pada tabnya itu dizoomnya. Dahi dikerutkan.

"Kenapa Dani?" tanya Humairah panik tatkala melihat Haq berbuat sedemikian. Matanya pula dialihkan menghadap skrin tab milik Haq.

"Dani! Orked!!!" jerit Humairah tatkala dia melihat Orked yang sedang mengerutkan dahi. Dahi Orked berpeluh dengan lebat.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now