Bab49

960 26 0
                                    

Kepala dipusingkan sebaik sahaja mendengar suara seseorang yang menegurnya.

"PAPA!!" riang sahaja suara Irsya. Tubuh papanya itu dipeluk.

"Dah habis merajuk kau?" Tanya Arsyad sebaik sahaja kakinya sudah selamat menapak ke dalam rumah. Kasutnya dan juga Irsya diletakkan di dalam almari.

Jelingan tajam diberikan pada Arsyad yang berada di depannya itu. "Dah lama hidup?" Tanya Aryan. Irsya masih lagi selamat di dalam pelukkannya.

"Memang pun." jawab Arsyad selamba.

Mata dijulingkan ke atas. Malas mahu berdebat. Kalau berdebat dengan gorgon ni pasti tiada kesudahannya.

"Sayang papa pergi mana? Lambat balik? Hermm?" Mata dihalakan pada Irsya yang berada di dalam pelukkannya itu. Kepala ditundukkan memandang pada Irsya.

"Tadi Irsya pergi makan lepastu uncle Syad ajak jalan-jalan." jawab Irsya dengan girang.

"Iye? Best tak jalan-jalan dengan uncle Syad? Anak papa ni naughty tak?" Hujung hidung anaknya itu dicuit lembut.

Irsya segera menggelengkan kepalanya. "Tak ada papa. Isya tak naughty. Kan uncle kan?" Terus kepala dikalih memandang Arsyad yang berada dibelakangnya itu.

Arsyad hanya menjatuhkan kepalanya sahaja tanda mengiyakan kata-kata yang keluar dari bibir Irsya.

"Goodgirl baby girl papa! Sekarang ni Isya pergi mandi dulu. Busuk dah badan Isya tu." Pelukan dileraikannya. Tepi tubuh anaknya itu dipegang lembut.

"Ocey papa! Uncle Syad Isya mandi dulu tau! Papa pula jangan lupa makan!" Sempat Irsya berpesan sebelum dia menghilangkan diri. Pipi Aryan dicium lembut sebelum kakinya melangkah pergi.

"Makanan tu kau letak jelah dalam peti ais." Matanya terarah pada bungkusan makanan yang berada di tangan adiknya itu.

"Aik? Mana Orked? Bukan main lapar Orked tadi. Ni tiba-tiba kau suruh aku masukkan makanan dalam peti ais pula."

"Baru lepas buat anak." Selamba sahaja Aryan berkata.

Mata membulat mendengar ayat yang baru sahaia keluar dari bibir abangnya itu. "Kau biar betul?" Tanya Arsyad yang inginkan kepastian.

Aryan hanya mengangguk sahaja.

Melopong Arsyad dibuatnya. "Agak-agaklah kau! Siang-siang buta kot dah buat anak! Tak menyabar nak tunggu malam dah kenapa?"

"Sibuklah kau! Hal suami isteri. Kau bujang diam." itu sahaja yang Aryan balas. Matanya sempat menjeling sekilas Arsyad. Sibuk aje lah hal rumah tangga orang. Tulah umi suruh kahwin tak nak!

Terus terhambur ketawa Arsyad. "Tak padan kau ea! Tadi merajuk lepastu tiba-tiba buat projek! Pelik-pelik!" Kata Arsyad. Kakinya dihalakan ke dapur. Pintu peti sejuk dibukanya. Dia ingin menyimpan makanan yang dia beli tadi.

"Tulah strategi!" Langkah Arsyad diikutnya. Kerusi di bar yang berada didapur itu ditariknya sebelum dia menghenyakkan punggungnya.

"Banyak la kau punya strategi." Pintu peti sejuk ditutupnya. Mug kecil pada rak yang berada bersebelahan peti sejuk itu segera dia capai sebelum Arsyad mengisikannya dengan air masak.

"Thanks." ucap Aryan sebaik sahaja Arsyad meletakkan mug tersebut di hadapannya.

"Eh Syad! Kau kerja tak dalam minggu ni?" Tanya Aryan.Mug tersebut dicapai sebelum air tersebut diminumnya.

"Kerja la. Kenapa? Gila tak kerja? Kes tengah naik ni! Jadi aku kena handle." Jawab Arsyad. Kerusi yang berada di hadapan abangnya itu ditariknya sebelum diduduki oleh Arsyad.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now