Bab 47

773 21 4
                                    

Sebulan rutin yang sama. Dalam berpantang juga si suami masih setia di sisi. Pintu balkoni segera ditolak. Tubuh si suami dihampiri.

"Sa—sayang." tegur si suami tatkala ada tangan kecil yang melingkari pinggangnya dari arah belakang. Terus dipusingkan tubuhnya untuk menghadap si gerangan yang memeluk tubuhnya itu.

Senyuman diukirkan tatkala ubun-ubunnya dicium suami.

"Irsya dah tidur ke?" tanya Aryan. Pinggang isteri dipeluk erat.

Anggukan kecil Orked berikan. "Dah. Riean yang tolong tidurkan. Entah drama apa yang dia orang tengok sampai tertidur si Irsya tu." jawab Orked. Pelukkan pada tubuh si suami dieratkan.

"Abang.. Orked dah lama tak dengar khabar ayah. Sebulan juga la." Ya! Semenjak dia keluar dari hospital dan juga tempoh pantangnya sudah habis, khabar berita si heronya sudah lama tidak dengar. Adakah sihat?

Rangkulannya dilepaskan. Senyuman kecil terlakar. Kepala isterinya digosok perlahan. Eeeee comel! Geram kita!

"Ayah tengah berubat sayang. Teruk juga ibu tiri sayang tu bomohkan ayah." Dahi si Orked dikucup perlahan.

Terkejut Orked mendengar ayat yang keluar dari bibir si suami. Simpati dia akan nasib si ayah. Pandangan bertukar sayu. Begitu juga dengan nadanya. "Kesiannya ayah." itu sahaja yang dia mampu ungkapkan. Orked mahu menangis namun ditahan. Berat betul ujian yang ALLAH berikan padanya. Namun, dia redha dengan ujian yang diberikan oleh ALLAH kepadanya.

Aryan tersenyum. "Kita lawat ayah ye sebelum ke Korea esok? Hermm?" pujuk Aryan.

Makin terkejut Orked. "Pergi Korea? Esok? Dah kenapa abang tak beritahu Orked awal-awal? Bolehlah Orked kemas-kemas baju."

Aryan yang berada dihadapannya itu dijeling tajam. Suka sangat beritahu last minute! MENCI!

"Tak perlu sayang. Abang dah minta tolong Riean kemaskan masa sayang berpantang haritu. Jadi, tak perlu risau ye? Hermm?" lembut sahaja pertuturan Aryan ketika ini.

"Riean? Abang dah berbaik ke dengan adik abang tu?" teruja Orked. Kalau dah berbaik alhamdulilah. Lama juga tu si Arieana merajuk dengan si abang, Tengku Aryan Syah.

Aryan mengangguk kecil.

"Alhamdulilah!" Teruja sungguh nada suara Orked tika itu. Akhirnya! HEHEHE! Tak adalah dia jadi telefon bergerak untuk si Arieana dan juga Aryan.

FUH!

"Makan masa juga sayang. Jenuh abang nak pujuk Riean. Lagi susah nak pujuk Riean berbanding sayang." jujur. Lagi susah dia untuk melembutkan serta mencairkan hati Nur Arieana. Macam manalah mamat Irfan tu boleh handle ek?

Meletus ketawa Orked. Kelakar pula dengar keluhan si suami. Habis air matanya keluar dek penat menggelakkan Aryan. "Macam-macam la abang ni. Tak baik tau abang. Kuat merajuk pun dia tetap adik abang. Jadi, abang kenalah rajin-rajin jaga hati adik abang tu." kata Orked sebaik sahaja ketawanya berhenti.

"Lagi-lagi bila radio bergerak Riean tak ada dekat Malaysia. Lagilah Riean perlukan kasih sayang yang lebih. Kesian dia tau."

"Ala.. Fan kan ada." perlahan sahaja Aryan bercakap. Namun, ianya masih boleh didengari di gegendang telinga Orked.

Terus dicubit kuat perut Aryan.

"AUCHHHH!!! SAYANG SAKIT!!" aduh Aryan. Memang parah dan berbahaya berbanding ketam! Silap haribulan, hilang sixpack diperutnya! Takut nanti jadi roti bun pula!

"Merepek lagi." jeling Orked.

"Eh abang!! Dah kenapa ni?" jerit Orked tatkala Aryan tiba-tiba sahaja mencempung tubuhnya. Terus dia lingkarkan tangannya pada leher Aryan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now