Bab 4

2.3K 108 11
                                    

Tengku Aryan Syah terburu-buru pada hari ini. Sudah la dia mempunyai urusan temuduga yang sangat penting. Ini kalau tidak disebabkan oleh Muhammad Irfan itu yang mengajaknya untuk berbual sehingga lewat malam di kediaman orang tua kepada rakannya itu, sudah pastinya dia tidak akan terbangun lewat pada hari ini.

Dia bergegas ke ruangan meja makan untuk bersarapan. Namun, dia hanya bersarapan dengan ala kadar sahaja. Sedang dia asyik mengunyah roti yang sudah dibakar oleh Mak Nab, tiba-tiba sahaja ada suara yang menerpa digegendang telinganya dengan perkataan 'maaf'. Lalu dia menoleh sedikit untuk melihat siapa gerangan yang datang tanpa mengatakan apa-apa ucapan.

Riean rupanya.

"Kenapa tiba-tiba sahaja Riean ungkapkan kata-kata maaf itu?" soal Tengku Aryan Syah pelik. Gila tak pelik? Kebiasaannya pada pagi begini, adiknya akan kecoh untuk mengajaknya berbual. Namun, pada pagi ini adiknya seperti dia. Kelam kabut.

"Riean memang betul-betul nak minta maaf." mohon Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz itu. Sudah lima kali dia ungkapkan kata-kata itu kepada abang sulungnya.

"Iyelah. Tapi, pasal apa pula Riean minta maaf pagi ni?" Tengku Aryan Syah masih tidak jemu menanyakan hal yang sama. Walaupun dia agak dingin dengan orang disekelilingnya, namun dengan adik perempuannya itu, kedinginan suaranya itu sedikit hilang.

"Riean memang tak boleh tolong abang pada hari ni. I have an urgent meeting today dan orang yang bakal Riean temui pada hari ini adalah kawan umi. Jadi, Riean terpaksa hadirinya. Walaupun Riean dah cuba paskannya pada hari yang lain." kata Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz sambil tangannya sibuk mengambil sepasang kasut bertumit tinggi yang berjenama
JIMMY CHOO yang baru dibelinya semalam.

"Tapi, Riean sudah berjanji pada abang bahawasanya Riean akan menjaga Isya pada hari ini. Namun, mana janji-janji Riean itu? Riean tahukan yang hari ini abang ada interview untuk penolong pembantu bahagian perakaunan?" kedengaran begitu hampa dalam kata-kata Tengku Aryan Syah saat dia berbicara.

"Yahh! Riean yang salah sebab tak tengok jadual Riean betul-betul. Tapi, abang usah bimbang. Tepat waktu makan tengah hari nanti Riean akan menjemput Irsya di pejabat abang." suara Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz dibesarkan sedikit kerana kedudukannya yang agak jauh dengan abangnya itu.

"Are you sure about that, Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz?" tanya Tengku Aryan Syah yang inginkan kepastian.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hanya menganggukkan kepalanya tanda dia mengiyakan soalan yang diberikan oleh abangnya itu.

"Kalau macam tu, tepat jam dua belas tengah hari, abang nak Riean jemput Isya di lobi."tegas sahaja suara Tengku Aryan Syah saat memberikan kenyataan tersebut.

Sedikit ternganga mulut Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz saat abangnya itu memberitahu dimana tempat yang perlu dia tujui saat menjemput anak saudara kesayangannya itu. Lobi? Ya ampun! Lobi office abang dia sudah la jauh. Jikalau lobi itu berada di tingkat satu dia tidak la hairan sangat. Ini? Tingkat empat kot. Agak-agaklah abang ni.

"Lobi? Tak ada tempat lain ke abang nak suruh Riean jemput Isya?" tanya Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz.

"No excuse. Dah. Kata lambat tadi. Tak reti-reti nak pergi ke?" suara Tengku Aryan Syah kembali dingin.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz menjulingkan matanya ke atas sebelum dia beredar keluar. Abangnya kalau datang angin baiknya itu, memang hilang segala sifat kedinginan. Tapi, kalau datang angin monsun abangnya itu, huh! Dengan dia sekali terlibat.

Saat figura Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hilang dari pandangan matanya itu, lantas dia memanggil anak dara kecilnya itu untuk turun. Seperti lipas kudung anak dara sunti dia itu turun. Mungkin, gerun dengan panggilan maut papanya itu pada pagi ini.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now