Bab39

898 37 10
                                    

Harini genap seminggu Aryan menjaga Orked yang ditahan wad hospital secara tanpa pengetahuan wanita tersebut. Tubuh Orked diselimutnya secara perlahan. Tak mahu wanita itu tersedar dek kelakuannya itu.

"Kau yakin ke kau tak mahu Orked tahu?" kata Irfan dengan suara diperlahankan.

Aryan menggeleng. "Aku tak nak dia makin sakit. Cukup lah dengan rancangan bodoh aku ni membuatkan aku hampir hilang anak aku." Anak rambut yang terkeluar pada tudung yang dipakai oleh isterinya itu dibetulkan. Aurat isterinya biarlah dia seorang sahaja yang dapat melihatnya.

"Kau dah nak balik ke?" tanya Irfan tatkala dia terlihat Aryan yang sibuk mengemas beg pakaian.

"Hmm..aku dengar sekejap lagi Riean datang. Aku tak nak la terserempak dengan adik aku tu. Nanti makin dia benci dekat aku." jawab Aryan. Bag galasnya itu diambil lalu dia menggalasnya.

"Tapi, kot ye pon buat plan gila tak perlulah berahsia daripada aku. Kang tak memasal aku pun ter-overthinking macam adik kau si Riean tu." bebel Irfan. mana taknya. Geram dia dengan sikap rakannya yang seorang ni. Mentang-mentanglah dia ni lebih muda dari Aryan, dirinya tak perlu tahu? Macam tu ke?

"Mak ngah yang tak bagi aku beritahu orang lain. Nak buat macam mana. Aku pun terpaksa la akur."

"Aku pergi dululah Fan. Ingat, jangan beritahu isteri aku yang aku selalu datang." pamit Aryan. Pintu bilik wad itu dibuka, lalu ditutupnya dengan perlahan.

Sebaik sahaja Aryan keluar dari wad tersebut, mata Orked dibuka secara perlahan.

"Dia datang lagi ke Irfan?" perlahan suara Orked bertanya. Dia seperti menahan air matanya dari turun.

Irfan mengangguk perlahan.

"Kenapa dia buat macam ni?" pecah tangisan Orked.

"Tsk...tsk..dia dah tak sayang saya lagi ke Irfan?"

"Apa pula yang kau merepek ni Orked? Dah tentu-tentu la dia sayang kau. Kalau tak kenapa dia sibuk nak jaga kau dekat hospital ni."

"Tapi, kenapa layanan dia macam tak sayangkan saya lagi.."

"Apa kau merepek ni Orked? Layanan apa? Kau tak nampak ke dia jaga kau seminggu ni? Haih bebal juga bini Aryan ni ye."

Irfan yang berada di sebelahnya itu dijeling tajam. Suka hati mak nenek dia je gelarkan orang bebal? Dah lama hidup ke?

"Kenapa dia buat semua ni?"

"Manalah aku tahu. Mungkin dia buat bersebab kot. Cumanya aku nak pesan, kau kena percayakan laki kau tu je. Siapa lagi kalau bukan kau nak percayakan dia? Adik dia, Riean? Huh mintak simpang la budak tu."

"Sekarang ni aku nak kau rehat je. Pasal dia jaga kau tu, kau jangan beritahu sesiapa pula. Kalau tak memang mati aku." sempat Irfan berpesan pada Orked sebelum pennya itu ditutup.

keluhan kecil dilepaskan. Orked memeluk lututnya sambil memandang luar tingkap.

Saya tahu abang buat bersebab.
















Panggilan telefon segera dimatikan setelah dia mendapat pengkhabaran isterinya melalui rakannya itu. Ya, harini sudah masuk tiga hari dia tidak menjenguk isterinya di hospital. Hari ini jugalah isterinya dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Pintu pejabat diketuk dari luar sebelum Aryan mengizinkan pembantu peribadinya itu masuk.

"Macam mana, Linda? You dah buat apa yang I suruh tu?" tanya Aryan sebaik sahaja pembantu peribadinya itu memasuki bilik kerjanya itu.

Linda menganggukkan kepalanya. "Dah Tengku. Semua yang Tengku arahkan tu, saya dah lakukannya."

"So, petang ni jadual I apa je?"

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now