Bab35

2.5K 107 13
                                    

Senyuman kelat Orked ukirkan pada bibirnya saat dia mendengar pesanan Aryan sewaktu menghantar suaminya itu di muka pintu.

"I pergi ke office dulu ye?" Rambut isterinya itu diusap perlahan. Sebelah tangannya sibuk memegang dan memimpin isterinya.

Orked tidak membalas. Sebaliknya dia pamerkan senyuman manis yang terpaksa diukirkannya. Tangan Aryan seperti tidak mahu Orked lepaskan sewaktu suaminya itu ingin melepaskannya. Ditahan lama tangan Aryan yang dia pimpin itu sehinggalah lelaki itu cuba memujuknya untuk melepaskan.

"I nak ke office je. I janji I akan balik awal hari ni. Okayh?" lembut sahaja suaranya. Dia cuba memujuk isterinya agar segera melepaskan tangannya itu. Tangan Orked yang dipegang tadi itu ditepuk-tepuk perlahan.

Ubun-ubun isterinya itu dicium dengan penuh kasih sayang.

Tapak kaki melangkah keluar dari pintu utama rumah mereka. Aryan segera mengeluarkan telefon pintarnya sebaik sahaja dirinya sudah selamat keluar dari rumahnya itu.

"Hello.."

Pintu ditutup rapat. Orked menutupnya dengan hati yang berat. Apa nasib dia lepas ni jika tiada keberadaan suaminya itu di rumah.

"Abang.."

"Ehem.."

Kepala ditoleh saat mendengar deheman kuat oleh seseorang. Orked mengeluh perlahan.

"Kau nak apa lagi?"

"Besar juga rumah kau ni. Maksud aku, rumah kau ni mewah juga." Tubuh disandarkan pada dinding. Iera menyilangkan tangannya ke dada. mulutnya disengetkan dengan matanya sempat meliar pada setiap sudut condominium milik Orked itu.

Iera yang berada di situ dibiarkan saja. Apa yang keluarga tirinya itu sedang berkata, Orked diamkan saja.

Malas mahu berlama di situ, kakinya di bawa ke dapur. Lebih baik dia mengemas bekas kuali yang dimasaknya pagi tadi. Walaupun, badannya tidak larat, tapi dia gagahkan juga. Orked tidak mahu ibu dan Iera mengetahui tentang kehamilannya itu.

Namun, belum sempat kakinya ke dapur, rambutnya telah ditarik kasar oleh Iera, keluarga tirinya itu.

"Kau ni! Aku cakap, buat derk je ek?" sedikit meninggi suara Iera ketika itu.

"Sa—sakit Iera." Orked menyeringai kesakitan. Giginya diketap rapat. Dalam pada masa yang sama dia geram dengan tindakan yang dilakukan oleh Iera ketika ini.

"Pergi mampuslah dengan kau punya sakit! Lain kali, aku cakap tu jangan buat tak tahu je." agak sedikit meninggi suara Iera. Makin dikuatkan tarikan pada rambut Orked.

"Lepas!" kata Orked mendatar.

Iera mengherotkan bibirnya. " Kalau aku tak nak?"

"Aku cakap lepas, Iera." kata Orked sekali lagi. Suaranya dikeraskan.

Namun, Iera hanya buat tidak dengar sahaja. Makin kuat rambut Orked ditariknya.

"Aku cakap lepaslah, bodoh!!!" Lengan Iera yang sedang memegang rambutnya itu dipegang dengan kuat. Kini kedudukan Orked berada di belakang Iera sambil dia memegang lengan gadis itu dengan kuat. Dicekam lengan Iera.

"Sakit la bodoh!!" Iera pula yang menyeringai kesakitan.

"Kau la bodoh! Aku dah suruh lepaskan rambut aku tadi! Kau tak nak dengar?!" kata Orked dengan nadanya sedikit menengking. Tahap kesabarannya sudah di tahap yang maksimum.

"Orked Imani!!!" namanya dipanggil seseorang telah menyebabkan perbuatannya itu terhenti. Orked tergamam saat tangannya yang menarik rambut Iera sebentar tadi dipegang kasar.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now