Bab45

935 27 6
                                    

"Ingat pesan Dani. Rehat dengan cukup. Dani bagi akak keluar dari hospital ni bukan saja-saja ye. Kalau Dani dapat tahu akak buat kerja berat, memang Dani tahan balik lah akak dekat hospital ni." Dani menuliskan rekod berkenaan Orked di atas kertas. Mukanya terpaksa di dinginkan. Namun, suaranya seperti biasa sahaja apabila dia bercakap dengan kakaknya itu. Suaranya yang normal. Suara yang apabila bercakap dengan mummy dan juga mak ngah.

Orked meletakkan tangannya pada dahi seperti seorang askar yang menurut perintah akan arahan seorang ketua. "Ai ai doktor!"

Mata Haq beralih ke arah Aryan yang berada di sebelah Orked. "Kau, tolong jaga akak aku baik-baik. Aku dapat tahu dia sakit lagi disebabkan kau memang habis riwayat kau." Haq memberikan amaran keras kepada Aryan. Suaranya dingin. Muka dia jangan cakap la. Memang persis singa yang hendak menelan mangsanya. Aura mafia nya telah muncul.

Aryan menelan air liurnya yang kelat. Terus kepalanya diangguk laju.

"Dani keluar dulu. Ada hal dekat luar. Lepastu, mummy suruh balik." Pamit Haq. Dia menyalami tangan kakaknya itu. Tubuh kakaknya itu dipeluk erat.

"Terima kasih tau Dani. Nanti, kalau Dani free, ajaklah mummy datang rumah akak."Orked menyambut pelukkan Haq. Belakang tubuh Haq ditepuk-tepuk perlahan.

"Hmm.. Dani tak janji bila Dani free. Tapi, insya allah Dani ajak mummy jenguk kakak." Pelukkan dilepaskan. Kaki Haq menapak keluar dari wad kakaknya itu tanpa memandang Aryan.

"Abang cakap betul kan sayang? Dani memang tak sukakan abang. Tengok jelah tadi. Dia tak salam abang pun." Aryan mula bersuara tatkala kelibat Haq tidak lagi kelihatan di situ.

Orked menyimpulkan senyuman. "Tak apa. Nanti lama-lama okayh la tu. Nanti saya cuba tegur Dani tu ye?" Lembut sahaja suara Orked menenangkan hati suami. Lengan sasa Aryan diusap-usap perlahan. Dia tak mahu suaminya itu berfikiran buruk mengenai sikap adiknya pada Aryan.

Aryan mengangguk perlahan. "Sayang jom? Kesian umi tunggu dekat rumah."

"Jom abang!" Lengan sasa Aryan diraih. Dia perlu berjalan dengan berhati-hati kerana keadaan badannya yang masih lagi kurang sihat.

Beg yang mengisi pakaian Orked itu diambil. Lalu, disangkutkan pada bahu.

Badan Orked dipeluk dari belakang agar lebih selamat lagi. Dia tidak mahu isterinya itu jatuh ketika jalan. Bukan tidak mahu mengambil kerusi roda. Tapi, Orked sendiri yang melarang keras untuk dia mengambil kerusi roda tersebut. Kata isterinya mahu exercise dan tidak ingin memanjakan diri sangat.

Haih la isteri. Nasib sayang. Aryan setia memimpin serta memeluk tubuh isterinya sehingga ke kereta. Mujur dekat sahaja dia memakirkan kereta. Tak ada la isterinya jauh untuk berjalan.

"Terima kasih abang." ucap Orked sebaik sahaja dia selamat duduk di kerusi belakang bahagian penumpang kereta. Pipi Aryan dicium lembut. Diusap dengan penuh perlahan pipi si suami. Senyuman manis diukirkan.

Kepala digeleng. Mujur isterinya comel. Setelah Orked sudah selamat di bahagian penumpang belakang, Aryan segera meloloskan dirinya di bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Lalu, pacuan empat roda nya itu segera keluar dari kawasan parkir hospital.

"Abang mesti bosan kan sebab Orked tak ada?" Mulalah mulut celoteh Orked itu.

"Gila abang tak bosan? Hari-hari abang jenguk isteri abang ni." Sempat matanya melirik sebentar cermin pandangan belakang itu.

"Ciannya suami saya. Mesti rindukan Orked banyak-banyak kan?" nada seperti anak kecil didengari di sistem pendengaran Aryan. Comel bethol!

"Eh! Mestilah! Abang rindu sangat sangat sangat isteri abang ni! Sampaikan kerja abang pun tak fokus nak buat!" jawab Aryan. Matanya masih lagi fokus dengan pemanduan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now