Bab18

3.2K 109 8
                                    

Tengku Aryan Syah sudah memicitkan pelipisnya itu.

"Umi. Ryan ada pilihan sendiri. Umi tak perlulah tentukan hidup Ryan." kata Tengku Aryan Syah dengan perlahan. Dia ingatkan uminya ini jatuh pengsan betul. Rupanya. Haih.

Buat penat ajelah dia terburu-buru untuk pulang ke rumah. Habis semua lampu isyarat dilanggarnya. Nasiblah Aryan, kalau surat saman sampai ke depan rumah.

"Umi tak kira! As soon as possible umi akan pinangkan si Orked tu." kata Tengku Salmah yang memberikan kata putus.

Tengku Arsyad Syah dan juga Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hanya diam membisu sahaja. Tidak beranilah mereka untuk menyampuk. Mereka juga tidak mampu untuk menyebelahi mana-mana pihak setakat ini. Takut nanti ada yang terkecil hati.

"Dyyy.."Tengku Aryan Syah cuba memujuk Tengku Mansor Syah.

Tengku Mansor Syah hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda malas mahu mengambil tahu.

"Daddy tak tahu. Daddy ikut aje keputusan yang dibuat oleh umi kamu kalau itu adalah yang terbaik buat kamu, Ryan."

"Betul tu bang. Isya perlukan mama. Kasih sayang seorang mama. Kau memang tak akan mampu untuk berikan semua itu pada dia, Bang. Bagilah peluang pada hati kau untuk ada pengganti. Kau dah lama seorang
diri." Tengku Arsyad Syah tiba-tiba sahaja mencelah. Dari tadi dia memendam rasa untuk berkata sesuatu.

"Kami juga rindukan kau yang dulu, bang." sambung Tengku Arsyad Syah lagi.

Tengku Aryan Syah meraup kasar wajahnya itu. "Abang Ryan yang dulu dah mati." katanya pendek.

"Takkan la abang nak kahwin dengan perempuan tu pula. Dia memang tak layak untuk abang Ryan!" kini Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz pula mencelah dengan suaranya yang sinis itu.

"Riean. Apa cakap macam tu? " tegur Tengku Mansor Syah.

Siti Nur Arieana Syafinaz memandang daddynya itu."Apa? Salah ke yang Riean cakap ni daddy? Takkan la dia nak kahwin dengan perempuan tak ada adab tu baru dia okay? Takkan la nak tunggu keluarga berpecah-belah baru nak okayh?"

"Kalau abang sayangkan kami semua, tolong ikut semua rancangan yang umi aturkan tu. Kalau abang tak sayangkan kami, abang boleh pergi mati dengan perempuan tu! Riean dah penat dengan semua ni!" Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz segera bangkit dari dudukannya itu. Makin dia berlama dekat situ, makin panas pula hati dia.

Bagus sangat ke perempuan sundal tu?

"Umi nak Aryan kahwin dengan menantu pilihan umi..bukan dengan perempuan yang tak cukup kain macam Amber tu. Lagipun dia bukan perempuan yang baik." kata Tengku Salmah sebelum dia pula yang meninggalkan ruang tamu.

"Dy..." Tengku Aryan Syah cuba mencari simpati pada daddynya sekali lagi.

Tengku Mansor Syah menepuk-nepuk perlahan bahu kiri Tengku Aryan Syah sebelum dia membuntuti langkah si isteri.

Selepas satu persatu orang yang meninggalkan ruangan tersebut, Tengku Arsyad Syah segera bangkit lalu menghampiri abangnya itu. Dia labuhkan punggungnya di sebelah Tengku Aryan Syah lalu memeluk bahu abangnya itu.

"Aku tahu kau tu suka Orked. Cuma kau nafikannya. Betul tak? Kau takut sebabnya adalah kau keliru dengan hati kau."

Tengku Aryan Syah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak payahlah bang. Aku tahu macam mana pandangan seorang lelaki memandang wanita yang disukainya. Aku lelaki bang. Jadi, aku tahu tu."

Tengku Aryan Syah memandang lantai.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now