FINAL CHAPTER

1.2K 19 0
                                    

Dikerlingnya sekilas isterinya yang berada di sebelahnya. Keluhan kecil dilepaskan. "Sayang dah la tu. Tak perlu risau sangat. Arsyad pandai la jaga anak kita tu." Cuba dia menyedapkan hati si isteri. Tangan isteri yang berada di peha itu segera dia genggam. Digosok-gosok perlahan tangan Orked itu.

"Saya risau la abang."

"No need la sayang. Now we just have to enjoy our honeymoon. Dah tak perlu fikir-fikir lagi." Tangan Orked yang dia genggam tadi di bawa ke atas sebelum kucupan lembut Aryan berikan.

Orked mengangguk perlahan. Bukannya apa. Hatinya risau memikirkan keadaan anaknya itu sekarang ini. Adakah okay? Arsyad jaga okay ke tidak? Anaknya itu banyak meragam ke tidak? Risau dia jadinya.

Pinggang isteri segera dia lingkari. Duit kertas bernilai 4000won segera dia berikan pada pemandu teksi tersebut.

"Thank you sir. Enjoy your honeymoon." Kata pemandu teksi itu sebaik sahaja wang tersebut sudah selamat sampai di tangannya.

Selepas membuat pembayaran dan mereka segera keluar dari perut kereta tersebut. Kaki ditapak ke belakang bonet kereta untuk mengambil beg-beg pakaian mereka.

Kaki ditapak memasuki perkarangan tempat penginapan yang ditempah khas oleh Aryan. Pekerja mengiringi Aryan memasuki kawasan penginapan tersebut setelah dia memaklumkan bahasawanya bilik sudah ditempah awal olehnya.

"Thanks sir." ucap Aryan sebaik sahaja mereka tiba dihadapan biliknya. Tubuh segera direbah diatas katil empuk di tempat penginapan tersebut. Walaupun bukan lama masa mereka bertolak dari Seoul ke Pulau Jeju, tapi penat dia hanya tuhan sahaja yang tahu.

Tangan diletakkan di atas kepala sebelum matanya pejam. Namun belum sempat dia memejamkan matanya, badannya seperti dihempam sesuatu tanpa ucapan salam.

"ALLAHU SAYANG!" terkejut dia tiba-tiba sahaja Orked landing di atas badannya. Terus mencelik matanya. Tidak jadi dia hendak melelapkan matanya.

Dengan muka tidak bersalah dan senyuman yang menampakkan sebaris gigi itu Orked tayangkan pada Aryan.

"Abang kata kan holiday. Ni apasal pula abang tidur? Kalau nak tidur baik balik je." Jari telunjuk bertemu satu sama lain. Betul tak? Nak tidur baik balik je. Ini bercuti pun nak tidur. Tak best tak best!

Batang hidung isterinya itu dicubit lembut. Geram! Kenapa comel sangat ni ha?! Nasib tak kena gigit!

Bahu isterinya ditolak. Tubuh isterinya ditolak agar segera bangun dari tindihan tubuhnya. Kemudian, tubuhnya duduk menegak setelah badan Orked sudah tidak menindih badannya.

"Looks sayang. Abang kena la ada energy! Kata nak bagi Irsya adik?" Senyuman nakal terbentuk dari bibir Aryan.

PAP!

Kena sedas tamparan pada pehanya.

"Aduh sayang! Betul apa yang abang cakap tu?" Digosok-gosok pehanya itu. Bukan main isterinya ye! Tak padan dengan tangan kecil molek tapi berbisa! I LIKE IT!

"Abang ni kan! Boleh tak satu hari tu tak menguning je otaknya?" Dicebik bibirnya. Setiap saat, setiap detik ada aje la otak dia nak menguning! Baik dirumah, di Malaysia, dirumah Arsyad! Ish!

"Okay-okay fine!" Tangan diangkat kedua-dua belah seperti Aryan mengalah dengan butir bicara yang keluar dari mulut Orked. Orang nak gurau sikit pun tak boleh. Hermm makin lama makin garang. Tapi, kita suka! RAWR!

"So sekarang ni isteri abang nak pergi mana herm?" tanya Aryan dengan nada lembut. Kedua-dua belah tangan isterinya itu diraih lembut sebelum Aryan mengelus perlahan. Dia sudah pun duduk bersila dan bersedia mendengar jawapan dari Orked.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now