Bab17

3.4K 97 2
                                    

"Kalau saya masuk meminang, Orked nak tak?"

Ayat itu seperti kaset rosak yang sentiasa berulangang di minda seorang wanita yang bernama Orked Imani. Naik tergeleng-geleng kepalanya saat mengingati ayat yang mengancam itu.

"Dah-dah la tu. Kau ni dari tadi duk tergeleng-geleng. Aku yang tengok pun naik berbelit tengkuk ni." kata Nur Humairah. Sakit pula kepala dia.

"Tak ada la Mairah. Dia punya soalan tu mengancam sangat." Orked Imani menggacau lemah airnya itu.

"Tapikan, aku yang mendengar cerita kau ni naik terkejut tahu tak?"

"Apasal pula?" Orked Imani mengerutkan dahinya.

"Iyelah. Puan Engku tu tak pernah umur cakap straight to the point macam gitu. Masa bos hot tu nak suruh puan Engku masuk meminang untuk puan Anis tu dulu, puan Engku tak layan. Kau nghase? "

"Habis tu, siapa yang tolong pinangkan si Anis tu?"

"Mak Nab la. Punya la bos hot tu merayu suruh puan Engku tu tolong dia. Tapi, tulah. Macam yang aku cakapkan tadi."

"Sebab tu la aku terkejut, bila dengar ayat puan Engku yang kau cakap tadi. Sungguh terkejut." sambung Nur Humairah lagi.

Iyelah. Rakannya ini tak sampai tiga bulan lagi kerja dengan bos hot tu. Tapi, puan Engku dah berkenan gila dengan Orked Imani ni. Apalah rahsia kawan dia ye sampaikan Puan Engku pun dah naik terpikat.

Apa-apa pun tahniah la Orked Imani sebab dah bukakan hati puan Engku untuk jadikan menantu!

“Kalau betul-betullah ayat tu terjadikan Orked, akulah orang yang paling excited bila dapat tahu kawan aku bakal berkahwin dengan bos hot tu!” kata Nur Humairah dengan senyuman misteri terbentuk di bibirnya.

Orked Imani mencebikkan bibirnya.

“Tak payah nak merepek la Mairah. Dah habiskan air tu. Nanti aku tinggalkan juga kalau kau lambat.”

“Eleh kau ni.” ajak orang lepak. Dia pula nak tinggalkan kita. Apa punya kawan la!

Tengku Arsyad Syah menamparkan dahinya itu. Ya ampun umi aku ni!

“Umi betul-betul ke cakap macam tu dekat dia?” tanya Tengku Arsyad Syah buat kesekian kalinya.

“Ish, abang ni! Abang nak berapa kali untuk umi ulang ayat tu?” kata Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz tidak berpuas hati dengan soalan yang diputarkan oleh Tengku Arsyad Syah itu. Naik lali telinganya.

“Iyelah. Tak awal sangat ke umi?”

“Kalau lambat, umi akan terlepas.” jawab Tengku Salmah ringkas.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz mengangguk laju tanda setuju dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Tengku Salmah.

Sokong sangat!

“Nanti si Orked tu tak selesa macam mana?”

“Abang..abang nak sangat ke si Amber tu yang gantikan tempat kak Anis? Abang tengok la. Semalam, dia buat kecoh dekat rumah kita. Apa ke gila perempuan tu.”

“Tapi..”

“Kamu ni Syad. Tak payah la gelabah sangat. Umi tahulah tindakan umi. Kalau nak tunggu kamu bagi idea, alamatnya abang kamu tu akan pilih si perempuan yang tak cukup kain tu. Ingat umi berkenan ke dia berkawan dengan perempuan tu?”

Sungguh dia tak berkenan! Cukup-cukuplah anaknya, Tengku Aryan Syah buat silap sekali. Dia tak mahulah anaknya itu membuat kesilapan yang sama.

Tengok la apa yang jadi sekarang.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now