Bab3

2.8K 86 9
                                    

Fikiran Tengku Aryan Syah agak sedikit terganggu atas kejadian yang berlaku pada petang tadi. Habis segala kerja-kerja pejabat yang perlu disiapkan dengan segera itu  tidak disentuh olehnya akibat  fokusnya hilang dalam melakukannya.

"Isya duduk sini okayh? Papa nak pergi toilet sekejap." pamit Tengku Aryan Syah sebaik sahaja dia sudah meletakkan napkin pada pakaian anaknya itu agar lebih mudah kerjanya jikalau makanan yang dipesannya tadi sampai dahulu sebelum dia datang ke sini semula selepas menggunakan tandas.

Tengku Irsya Syah hanya menganggukan kepalanya tanda mengerti akan arahan papanya itu.
Sebaik sahaja papanya itu meninggalkannya sementara, matanya tertacap kepada figura seseorang yang menarik perhatiannya itu.

Mama?

Lantas sahaja dia berlari mendapatkan figura wanita itu dengan menjerit panggilan 'mama'

"Mama!!" laung Tengku Irsya Syah sebaik sahaja dia memeluk kaki wanita tersebut.

"Eh! Akak rasa, adik ni salah orang agaknya." wanita tersebut cuba meleraikan pelukkan Tengku Irsya Syah pada kakinya itu.

"Tak! Ni mama Isya. Mama!! Isya rindu mama." menangis-nangis Tengku Irsya Syah disitu. Tambahan pula, wanita tersebut cuba meleraikan pelukannya itu, makin kuat tangisannya itu.

"Dik..akak rasa adik betul-betul salah orang. Akak bukannya mama adik." sedaya upaya wanita itu cuba meleraikan pelukkan tersebut.

"Tak. Mama memang mama Isya."

"Papa! Tolong bawa mama Isya balik." kata Tengku Irsya Syah sebaik sahaja dia terlihat Tengku Aryan Syah keluar dari tandas.

"Papa buat apa dekat situ? Bawalah mama balik!" jerit Tengku Irsya Syah tatkala dia terlihat papanya itu berhenti seketika tanpa berkata apa-apa.

Wanita yang berada di hadapan Tengku Irsya Syah hanya menggarukan kepalanya sahaja. Bagaimana dia ingin meyakinkan si kecil ini bahawasanya dia bukanlah ibu kepada budak kecil ini. Ya ampun! Payah la kalau ada muka secantik Angelina Jolie ni!

"Listen, dik. Akak ni bukan mama adik. Akak rasa adik ni betul-betul salah orang." pujuk wanita tersebut dengan cara yang baik tatkala Tengku Irsya Syah masih belum ingin melepaskan kakinya. Haih, yang si bapa ni pun satu hal.

"Tak! Papa! Tengok ni mama! Papa bawa balik mama." meraung-raung Tengku Irsya Syah.

"Encik!!!" habis keluar suara mak jantannya wanita itu tatkala Tengku Aryan Syah masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi. Dengar sahaja pekikan suara wanita tersebut, akhirnya Tengku Aryan Syah tersedar dari lamunannya itu. Cepat-cepat sahaja dia mendapatkan anak gadisnya yang dari tadi asyik memeluk kaki wanita yang berusia 20-an itu.

"Isya..itu bukan mama. Bukankah papa dah beritahu Isya yang mama Isya sedang berlari di taman-taman syurga?" perlahan sahaja suara Tengku Aryan Syah memujuk anak gadisnya itu. Dia bermohon agar anak gadisnya itu termakan dengan pujukkannya itu.

"Tapi dia memang mama Isya. Muka dia memang macam mama Isya." Tengku Irsya Syah masih enggan melepaskan pelukkannya itu.

"Sayang..dia bukan mama Isya. Dia mungkin orang yang sama muka macam mama. Jadi, papa merayu dengan Isya ye sayang?"pujuk Tengku Aryan Syah dengan ekpresi muka yang menyedihkan.

Melihat sahaja raut wajah papanya itu, Tengku Irsya Syah pantas sahaja melepaskan pelukkan kaki tersebut.

"Macam inilah anak papa. Jom, kita sambung makan ye? Ouhh ye cik..saya betul-betul minta maaf." tanpa menunggu balasan daripada wanita tersebut, Tengku Aryan Syah lantas sahaja memimpin tangan anaknya menuju ke meja makan mereka semula.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now