Bab32

2.8K 99 11
                                    

"Weh dah la jom. Kau datang sini nanti ibu marah aku pula." ajak Irfan dengan rasa gelisah.

Maaflah ibu! Kenapa anak ibu ni degil sangat ek? Rasa nak ditampar-tampar muka tu!

"Kau diam. Kau nak teman aku jumpa kakak aku ke tak? Kalau tak nak kau boleh pergi. Tinggalkan aku seorang diri dekat sini." ugut Haq.

Irfan jadi serba salah. Kau ni Irfan! Kalau tak bagitau benda ni semua, malaun yang bernama Muhammad Daniel Iman Al-Haq ini tak gatal-gatal nak ke sini.

"Irfan, bagi salam cepat!" arah Haq.

Irfan menggeleng. "Tak nak la aku. Kau la yang bagi salam. Cukuplah aku teman kau ke sini."

Haq memutarkan bola matanya ke atas. Leceh betullah mamat sorang ni. Ada juga kena maki ni nanti.

Tanpa menunggu lama, Haq pun memberi salam. "Assalammualaikum!"

Tiada jawapan.

Haq pun memberi salam sekali lagi. Kepalanya dijengahkan pada muka pintu. Kot-Kot la ada yang membukanya.

"Assalammualaikum!"

Masih tiada jawapan.

Irfan menarik-narik lengan Haq agar segera pergi. "Weh dah la jom. Tak ada orang agaknya."

Namun, ianya ditepis oleh Haq. "Ish kau ni! Aku baru bagi salam dua kali. Okayh yang ni last. Kalau tak ada orang yang sahut juga, kita balik." kata Haq.

Irfan pula akur. Kalau ditegah budak si Iman ni, hmm beginilah jadinya. Tak makan pujukkan.

"Assalamualaikum!" Haq cuba nasib sekali lagi. Dia berharaplah kali ini salamnya itu disambut.

"Waalaikumusalam." sambut seseorang lelaki yang sedang membuka pintu.

Haq tersenyum puas. Akhirnya! Ada juga yang menjawab salamnya itu.

"Anak cari siapa?" tanya lelaki itu. Dia mengangkat wajahnya sambil mengukirkan senyuman manis.

Haq terpaku. Dia merenung wajah tua itu. Wajah yang dia amat rindui. Namun, ada sedikit perasaan geram dan benci terhadap lelaki tua itu.

Ayah.

Haq berdehem. Dia tidak mahulah lelaki tua yang berada di hadapannya sekarang ini mengenali siapa dirinya. Haq juga cepat-cepat menghapuskan perasaan ingin menangis akibat rindu yang mendalam terhadap ayahnya sekarang ini dengan menanyakan soalan terhadap lelaki tua tersebut.

"Maaf pakcik, saya nak tanya satu soalan. Betul ke ni rumah Orked Imani?" tanya Haq.

Lelaki tersebut terus berubah muka. "Anak ni siapa?" tanya lelaki tersebut.

Haq dan juga Irfan diam. Tidak menjawab.

"Tak apalah. Anak berdua masuk la dulu. Nak berborak dekat luar ni, panas. Meh masuk." ajak lelaki tersebut.

Haq memandang Irfan. Begitu juga dengan Irfan. Mereka memandang sesama sendiri sebelum Irfan dan Haq masuk ke dalam rumah kampung itu.

"Maaflah. Air kopi o je pakcik hidangkan." kata Encik Rashdan dengan menatang sedulang air kopi o beserta dua cawan kosong selepas sahaja Irfan dan juga Haq selamat menghenyakkan punggung mereka di atas kerusi kayu yang berada di ruangan tersebut.

Nama anak berdua ni siapa? Nama pakcik Rashdan." lelaki tersebut memperkenalkan diri sambil menghidangkan dua cawan air kopi o di atas meja kecil yang berhadapan dengan mereka bertiga.

"Da..." tergendala Haq. Irfan mengerutkan dahinya lalu memandang Haq yang berada di sebelahnya. Manakala, encik Rashdan menayangkan wajah tertanya-tanya.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now