Beauty Influencer

334 8 0
                                    

Bercerita tentang Influencer, sekolah kami ada seorang Influencer yang boleh buat orang demam panas!

Wachira tapi kami mengelarnya Ken, pelajar lelaki tahun terakhir dengan rupa paras yang cantik. Dia sering disebut-sebut pretty boy. Memang tak hairan, dengan rupa paras macam tu, lelaki pun tertarik apatahlagi kami yang perempuan ni!

Dia ni terkenal sebab dia seorang youtuber. Tapi perjalanan si Ken bermula dari Tiktok dan diikuti dengan Live Bigo, menjadi salah seorang peraih hati para gadis!!! Dia berjaya tarik perhatian ribuan peminat dengan ayat-ayat manis dan rupa paras macam selebriti.

Tapi sebelum menjadi seorang Influencer, dia memang ada sisi gelap yang sukar nak dilupai oleh para pelajar sekolah ni.

Dia gay, pernah confess isi hati dia dekat Gravien, seorang student yang hot dimata para pelajar perempuan. Diorang satu kelas.

Dia sangat malang. Dia direject tanpa basah basi.

"Ah, sebenarnya... Sebenarnya, aku.. aku suka kau—!"

"Sorry. Face is everything."

"Hah!"

Yep! Ni lah yang terjadi dekat si Ken, seorang Influencer yang sangat-sangat berjaya mengubah rupa parasnya yang dulu biasa-biasa menjadi luar biasa? Lebih baik dari dulu!

But now? Bumi ni bulat, berputar macam roda. Bila-bila masa je orang macam Ken berubah seiringan dengan bumi yang tengah berputar.

KEN pov|

(Cuaca yang sangat cerah pagi ini. Mari kita dengarkan sebuah lagu dari....)

Sepanjang bulan ni, pagi memang disinari dengan cahaya matahari yang segar. Tak terik tak panas. Cuaca pagi ni terasa lembab sebab malam tadi hujan berpanjangan.

Kereta yang dipandu ayah aku singgah tepat di pagar pintu sekolah.

"Ken balik pukul 3 hari ni."

"Um. Ken ada duit lebih?"

"Mama ada bagi tadi. Ken balik pukul 3, ingat!"

"Hm."

Aku turun dari perut kereta dan berjalan masuk ke pagar sekolah dengan mood yang bagus! Hari ni hari bersejarah aku, kerja rumah semua siap!!! Yes!

Tak lari padang hari ni..

Aku berjalan dengan yakin diri. Mestilah, semua perempuan pandang aku awal-awal pagi. Aku tahu aku handsome, tapi jangan pandang aku macam tu. Aku malu...

Jadi terkenal dekat sekolah ni susah sebenarnya. Terkadang ada je yang suka tapi ada je yang tak suka, yang benci. Nak dijadikan cerita, orang dekat sekolah ni kalau dah benci diorang lebih bahaya dari Dispatch yang keluarkan khabar angin palsu.

Sedar, aku bukan selebriti macam dekat dalam tv cuma hampir satu langkah nak naik jadi selebriti. Please, layan aku macam budak sekolah selagi aku takde bawa kamera nak buat vlog, Mukbang, Live, macam-macam lah!

Aku datang sekolah bukan nak jadi selebriti melainkan nak jadi seorang pelajar yang membawa kejayaan pulang ke rumah even perangai aku tak berapa bagus macam pelajar cemerlang kelas depan. Aku sedar diri, aku duduk kelas tengah. Tapi tak bermakna aku tak berusaha!

"Hai, Ken!"

Macam nilah keadaan dalam kelas aku bila je aku mendarat tiba di kelas. Even classmates, diorang tetap mengagung-agungkan aku macam selebriti. Tapi cuma setengah dari diorang, tak termasuk cikgu yang ajar kami. Cikgu still layan aku sama taraf macam pelajar lain.

Kawan baik aku still ingat diri. Diorang takkan layan aku sebaik tu. Takde istilah sapu lantai, lap kerusi sebelum aku duduk. Diorang lebih layan buku buat homework berbanding aku.

"Ken, sejarah kau dah siap?" aku dengan senyum sombong duduk di tempat aku dengan bersedia nak jawab pertanyaan kawan aku.

"Dah. Aku tak macam kau, main game sepanjang hari," dengan alis yang diangkat aku berjaya buat kawan aku menunjuk jari tengah.

"Nak tengok! Aku malas nak cari jawapan."

Dah tunjuk jari tengah ada hasrat nak tiru kerja kita.

"Ambik dalam beg aku kalau kau nak tiru. Aku pun malas nak cari buku dalam beg."

"Hey, relax..," ni sorang mencelah sambil main game.

"Hari ni cikgu tak masuk kelas."

Hah!

"Cikgu siapa?"

"Kelas!" Tatapan kami beralih ke arah papan putih. Berdirinya sosok seorang ketua kelas dengan senyum kembang dan begnya yang nipis macam tak bawa buku. Memang, kelas kitorang lebih suka tinggalkan buku dekat kelas berbanding nak sakit belakang bawa buku balik rumah.

"Hari ni takde kelas sejarah. Cikgu suruh kita buat pembetulan exam, sambung yang hari tu."

What the—

"Tiga hari cikgu tak masuk lepas ni sebab ada khusus dekat luar."

"Yes! Tak jadi lah aku pinjam buku kau Ken."

"Huh?"

"Prom, tolong aku ambik slaid projector dekat bilik guru."

"Okey!"

Aku sorang je ke yang siap kerja rumah sejarah? Cikgu tak masuk tiga hari? Wah, aku memang anak rajin..

"Kau memang rajin, Ken."

"Diam! Teruskan main game kau tu!"

Baru je nak keluarkan buku, kemunculan geng yang selalu datang lambat buat satu kelas kecoh. Kami sebenarnya tak bising kalau diorang lambat datang, yang bisingnya assistant ketua kelas. Biasalah perempuan memang suka bising-bising even buat salah sikit.

"Korang bernasib baik hari ni cikgu sejarah tak masuk! Kalau tak, memang padang korang hadap awal pagi!"

"Girl, chill. Security sekolah tak tengking kitorang awal pagi ni. Lambat satu minit pun nak berkira dengan kitorang ke?"

"Kami datang tepat waktu. Cuma lambat masuk kelas je."

Aku diam memerhatikan diorang yang cuba menenangkan jiwa penolong ketua kelas. Geng keras ni ada lima orang ahli. Diorang dua je yang masuk? Tiga lagi mana?

"Nuea," aku panggil salah satu dari diorang dua yang baru sampai. Aku lebih terbuka dengan Nuea berbanding seorang tu, Rain.

"Gravien mana?" aku berbisik sebab dia duduk belakang meja aku.

"Dengan Zayn, diorang singgah kantin jap beli kuih," dia mengukir senyum smirk.

"Dia datang tiap hari cuma lambat je hari ni. Jangan risau..," hm, semua orang tahu aku suka Gravien cuma pendapat yang berbeza! Walaupun semua tahu aku suka Gravien, tapi cuma Nuea sorang tahu kisah sebenar.

Gravien tak pernah reject aku.

Beauty Influencer Where stories live. Discover now