"Okey, aku ikut."
Ken memberi senyuman kepada semua rakan yang berdiri berusaha memujuknya ikut bercuti.
Masalah satu selesai!
Nama Dao, Prom dan Ken didaftar masuk dalam borang percutian di pantai pada musim panas tahun ini.
Mereka berjalan menuju ke meja Win, Nuea merangkul bahu Zayn sambil berbisik tepat di telinga sahabatnya itu.
"Lepas ni, kau tak payah susah-susah nak pujuk idola kau. Panggil je Gravien," tak lupa, Nuea meninggalkan tepukan ringan di bahu Zayn.
Zayn pula memasang raut wajah cemberut yang jarang dia tunjukkan.
"Aku fanboy nombor satu Ken dalam kelas ni. Asal Gravien je menang?"
Nuea menggeleng tertawa, sahabatnya Zayn kalau cemburu memang cute!
"Hey, jealous tu simpan sikit eh untuk orang di rumah. Kau jealous, nanti ada orang yang lagi jealous dari kau," Zayn memeluk tubuh, memalingkan tubuhnya menghadap Nuea.
"Kau ingat, dia nak kahwin dengan aku sebab cinta? Jangan bodoh."
"Cinta boleh berputik lepas kahwin, bro. Lagipun, future husband kau boleh tahan handsome."
"Mende kau cakap ni? Kalau kau nak, kau je pergi kahwin dengan dia."
Rain datang membawa Zayn dan Nuea mendekat ke meja Win.
"Cepat, cepat! Daftar nama. Aku tak tahu eja nama full korang."
Keduanya mendekat dan mendaftar sebagai pelajar yang akan ikut bercuti dengan kelas sebelah.
"Sekejap. Korang ada tanya Kim, dia nak ikut tak plan cuti hujung minggu ni?"
"Mana tau. Awak tanya kawan dia ni," itu yang Win jawab sambil menunjuk Zayn, Rain dan Nuea yang berkumpul di mejanya ketika penolong ketua kelas bertanya.
Kebetulan, Kim tidak hadir ke sekolah hari ini.
"Zayn, tulis je nama Kim," Rain berbisik tepat di telinga Zayn yang sedang menggerakkan batang pensel menulis nama di borang nama penyertaan.
"Kau jangan macam-macam, Rain. Tak pasal-pasal mengamuk dia."
"Asal pulak? Tambang bas pun kelas sebelah yang tanggung," Rain berpaling ke arah Zayn lalu memaksa kawannya itu untuk menulis nama Kim.
"Tulis je. Kalau dia tanya kata satu kelas wajib ikut!"
"Aku tak nak terlibat," Nuea mengundurkan diri tidak mahu terlibat dalam memaksa Zayn menulis nama Kim.
"Okey! Biar aku urus," Rain menepuk bahu Zayn.
"Tulis. Satu bilik dengan Nuea."
"Oi! Jangan nak memandai eh. Tak pasal-pasal aku yang kene."
"Tulis, jangan dengar apa yang Nuea cakap."
"Senang kau cakap. Nanti aku pulak yang kene."
"Apa yang kau nak takut? Korang kan rapat."
"Bapak kau rapat! Kau jela satu bilik dengan dia! Dah sah-sah dia tak nak ikut, kau pergi paksa dia pulak asal? Kau lah satu bilik dengan dia!"
"Tak, tak! Aku satu bilik dengan Zayn. So, kau kena satu bilik dengan dia."
"Tak. Aku dah bersepakat dengan Gravien. Kitorang satu bilik."
"Eh? Bukan dia nak satu bilik—"
"Cukup! Pasal bilik orang sebelah dah atur. Ni nak tulis ke tak?" Win dah peluk tubuh tunggu mereka berdebat. Bukan hanya Win, Zayn juga.
YOU ARE READING
Beauty Influencer
Romance"Sorry, face is everything." Ken Wachira berjaya menjadi seorang Influencer yang kacak, manis, terkenal dan boleh dikatakan cantik! Lelaki berwajah cantik ini pernah mempunyai sisi gelap yang memalukan sebelum menjadi seorang Influencer. Dia direjec...