KEN pov|
Hari ni, hari sabtu dan malam sabtu ni malam dimana aku telah berjanji nak bawa Ning makan malam bersama di sebuah restoran baru buka.
Aku jemput dia dengan kereta baru.
"Wah, wah... Ada orang dah dapat lesen kereta lah."
Aku membukakan Ning pintu.
"Jemput masuk, princess. Jangan banyak cakap."
"Okey, okey."
Kami pun sampai tepat di restoran yang ingin ditujui.
Kami menuju ke tingkat paling atas, dimana tempat yang dapat melihat pemandangan malam yang indah.
Aku sanggup pesan meja mahal-mahal untuk Ning harini sempena hadiah hari jadinya. Hari ni je.
HARI INI!
Kami pun berbual sampailah makanan terhidang di atas meja.
"Thank you."
"Welcome and have a great time," pelayan pun pergi meninggalkan meja kami.
"Ken, bagitahu aku. Apa maksud kau dengan moveon?"
"Shh! Jangan bising sangat."
Dia pun keluh berat.
"Korang dah suka sama suka lebih dua tahun kot, Ken.. Takkan kau nak putus asa macam tu je? Dia tunggu kau sekarang ni kan.."
Dia memang tunggu aku. Tapi semuanya sia-sia kalau aku bagi Gravien masa tiga bulan ni.
Aku menggeleng menafikan pujukan Ning.
"Kau sendiri tau apa yang jadi dekat aku dua tiga harini kan? Aku keluar makan dengan Gravien dah dua kali dah. Dua kali tu aku ditinggalkan dekat kedai tanpa alasan yang jelas.. Katanya ada masalah dekat rumah, apa lah sedangkan dia keluar jumpa Georgia. Habis, aku nak harapkan apa lagi dekat dia, Ning?"
Dia mengeluh lagi sebelum menjawab aku.
"Kau ada tanya Gravien, apa sebenarnya yang jadi dekat dia dengan Georgia sekarang ni?" aku menggeleng.
"Habis? Yang kau nak give up macam tu je, kenapa?"
"Haah.. Aku..," aku ambik nafas dalam-dalam nak jawab pertanyaan Ning.
"Aku tak layak untuk Gravien. Tu je.."
Kami diam lalu menjamu makan yang telah dihidang di atas meja.
Selesai makan, aku bangun meninggalkan Ning yang sedang makan di meja yang aku pesan.
Sebelum tu, aku tinggalkan pesanan.
"Ning, aku pergi tandas jap."
"Um."
.
KIM pov|
Aku dapat pesanan dari Zayn. Dia hantar gambar Gravien dengan Georgia makan.
[Ken ada dekat sini. Aku baru terserempak dengan dia dekat tandas]
Dengan gegas, aku capai dompet aku yang terletak di atas meja samping katil. Aku berlari menuju pintu rumah.
Aku lari keluar dari rumah. Jalan yang begitu asing buat aku hampir sesat. Nasib baik aku berjaya keluar dari kawasan perumahan yang banyak bangunan rumah besar-besar. Aku menemui stesen bas di seberang jalan.
Dengan langkah cepat, aku berlari menuju stesen bas yang satu-satunya ada di sana. Beruntung, bas tiba tepat waktu.
Bila dah masuk ke dalam bas, benda yang ada dalam otak aku sekarang ni cuma satu.
YOU ARE READING
Beauty Influencer
Romance"Sorry, face is everything." Ken Wachira berjaya menjadi seorang Influencer yang kacak, manis, terkenal dan boleh dikatakan cantik! Lelaki berwajah cantik ini pernah mempunyai sisi gelap yang memalukan sebelum menjadi seorang Influencer. Dia direjec...