The truth is...

163 8 0
                                    

GRAVIEN pov|

Aku tak pernah terfikir, setelah pindah ke sekolah baru aku mendapat makanan percuma dari seseorang.

"Berapa?"

"Oh, hari ni adik bertuah sebab dapat makanan free dari kantin," makcik kantin menghulurkan bungkusan makanan kepadaku.

"Ada seorang classmate adik tinggalkan baki untuk bayar makanan adik hari ni. Dia kata adik pelajar baru. Dari sekolah mana?" tak lupa, makanan yang dihulurkan aku sambut.

"USA. Saya pindah dari luar negara."

"Oh.. Patutlah nampak macam ada mix. Sila jamu selera!"

"Makcik, sekejap!"

"Ya?"

"Boleh bagitahu siapa yang bayar makanan ni?" aku menyoal sambil menunjuk bungkusan makanan yang aku pegang.

"Ken Wachira."

Ken Wachira... Tempat duduk aku berada di tepi tingkap. Sejak aku masuk jadi pelajar baru dalam kelas ni, cuma seorang yang belum menyapa aku.

Aku berada di kelas. Aku datang terlalu awal sehingga belum seorang pun yang muncul.

Crack

Aku senyum, orang yang belum menyapaku akhirnya datang dan menuju ke tempat duduknya. Suasana tiba-tiba menjadi tegang.

Dia mengeluarkan earphone dan phonenya lalu mendengar lagu sambil menyalin sesuatu pada helaian buku.

Ken Wachira. Aku tahu nama dia ketika guru memanggil semasa menyemak kehadiran pelajar kelas ni. Ken Wachira, orang yang sangat aneh. Tak pernah datang sapa aku tapi dialah orang yang pertama pernah belanja aku makan dengan duit baki sendiri.

Ketika merenung wajahnya dari jauh, dia sangat comel. Aku tak pernah tengok lelaki secantik Ken Wachira. Aku jatuh cinta ke?

Pertama aku masuk ke kelas ni, orang yang sapa aku nama dia Nuea. Aku baru tahu dia saudara Ken.

"Ken betul-betul single ke?" aku bertanya dengan nada berani depan Nuea.

"Wah, kau buat aku terkelu lidah nak jawab apa. Macam ni cara orang barat nak ngorat orang?" aku tersenyum mengangkat kedua bahuku.

"Macam mana kau tahu aku nak ngorat saudara kau?"

"Jelas sangat. Tengok dari Marikh pun orang tahu. Kau suka Ken kan?" aku mengangguk tanpa membantah. Memang aku suka dia sejak hari pertama aku melangkah masuk ke sekolah ni.

"Dalam pengetahuan aku, Ken tak pernah ada hubungan dengan siapa-siapa sebelum ni. Tapi tak tahu lah kalau dia sembunyi-sembunyi couple belakang aku," senyuman aku tiba-tiba meluntur. Kenapa aku perlu kecewa?

"Kalau aku jujur, Ken terima aku ke tak? Aku cuma takut dia benci or takut nak berhadapan dengan aku lagi lepas ni," kata-kata aku disambut dengan gelak-tawa Nuea.

"Asal?"

"Vien, dah tiga bulan lebih kau sekolah dekat sini. Hey, Ken bahkan dah biasa dengan situasi tu. Aku rasa dia takkan pandang kau macam apa yang kau fikir.. Aku kenal dia sangat-sangat. Kalau kau berani luah, mungkin 50 50 kau dapat dia."

50 50...? Aku tak sangka, aku couple dengan awek kelas sebelah. Sebenarnya, niat nak reject tu ada tapi....

"Kau terima je. Kau tahu lelaki banyak berebut nak jadikan dia girlfriend."

"Dah seminggu kau biarkan dia tunggu kau, Vien.. terima jelaa."

"Boleh tak kau diam dari paksa aku?"

Beauty Influencer Where stories live. Discover now