KEN pov|
Ringgg!
Aku menyimpan buku ke dalam beg, Dao yang di sebelah aku menyoal.
"Kau jadi balik?"
"Um. Jadi."
Aku masih sibuk mengemas barang dan menyimpan sesetengah buku ke dalam beg aku. Dengan bergegas, aku mengendong beg lalu keluar dari kelas.
Hanya aku seorang yang balik awal hari ni. Semua orang bergerak ke kantin atau tempat rehat dan sebaliknya sebelum aktiviti petang bermula. Suhu badan aku tiba-tiba meningkat sejak waktu rehat tadi. Aku terpaksa balik, itu pun ibu aku yang paksa.
"Wachira," langkah aku berhenti disebabkan suara yang aku kenal datang menyapa. Seorang merangkul bahu aku.
"Pergi mana? Asal bawa beg?"
Aku menoleh Kim, tiba-tiba mood aku berubah bila tengok mamat ni.
"Kamu nanya?"
"....." renungan datar yang aku dapat.
"Kita kenal ke?" Kim cuba menjawab tapi aku masih nak cakap!
"Oh! Aku lupa. Terima kasih sekali lagi atas bantuan anda tolong saya jawab soalan matematik tadi. Boleh tahan, kau boleh tahan pandai."
Langkah aku diteruskan. Dia ikut aku dari belakang. Apa yang dia nak sebenarnya?
Sekali lagi, aku berhenti dan berpaling memandang Kim.
"Asal ikut aku?"
"Kau belum jawab pertanyaan aku tadi. Kau nak pergi mana?"
"Asal nak tahu? Baik kau pergi gelanggang sekarang daripada kau ikut aku tanpa sebab," aku mula berjalan. Dia tetap ikut aku.
Aku dah takde tenaga nak layan kau, Kim.
"Kepala aku sakit nak layan kau," langkah Kim yang cepat membuatkan kaki aku berhenti berjalan. Dia kepung jalan aku dengan tiba-tiba.
Sial, terkejut aku. Sikit lagi hampir nak langgar tubuh Kim.
"Kau balik ke?"
"Kau dah tahu kan aku nak balik, buat apa nak tanya lagi?"
Dia langkah mendekat, "kau masih demam? Asal muka kau pucat?"
Tiba-tiba, cairan asing terkeluar dari hidung aku. Aku rasa tu hingus.
"Oh, shit! Lap hidung kau! Ewuyy, pengotor betul," aku tak kisah dan memang aku pengotor. Aku lap pakai tangan. Ada aku kisah!
"Menjauh sebelum kau terkena virus," dia terus-menerus ikut aku lagi. Entahlah, apa yang dia nak sebenarnya.
"Kalau aku jadi kau, lebih baik tak payah datang dari tadi."
"Oh, aku bukan pelajar yang suka ponteng."
"Oi, kita baru je berbaik. Kau siap spon aku makan dekat kantin tadi. Apa yang kau tak puas hati dekat aku?"
Aku diam membiarkan dia termenung sekejap fikirkan apa kesalahan dia sebenarnya dekat aku sampaikan aku marah sangat dekat dia.
YOU ARE READING
Beauty Influencer
Romance"Sorry, face is everything." Ken Wachira berjaya menjadi seorang Influencer yang kacak, manis, terkenal dan boleh dikatakan cantik! Lelaki berwajah cantik ini pernah mempunyai sisi gelap yang memalukan sebelum menjadi seorang Influencer. Dia direjec...