Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah nak jumpa Wittaya. Sekarang, kitorang berada di balai polis berdekatan. Kedua-dua kami berhadapan dengan suami mak Ja yang ditahan selama satu hari.
"Kim, aku minta tolong kau sangat-sangat. Tolonglah, bebaskan aku dari sini. Aku janji, aku akan buat apa-apa je yang kau nak."
Kedua bebola mata aku tak lari dari tenung tajam ke arah suami mak Ja. Dia ni kalau tak diberi pengajaran memang takkan serik.
"Kim, tolonglah.."
"Aku dah lama biarkan kau hidup senang dekat bandar ni. Tapi kau tetap buat masalah dengan orang lagi-lagi Kau kacau Wittaya. Kau nak apa sebenarnya?"
Dia tiba-tiba gelak depan aku dan Wittaya yang tengah berdiri di antara pagar besi yang memisahkan kami dengannya.
"Kau percaya sangat dengan dia? Dia dengan ibu saudara kau tu tak jauh bezanya pun! Diorang memang benci aku, memang nak bunuh aku cara halus!"
"Saya tak pernah nak buat macam tu dekat uncle," Wittaya tiba-tiba mencelah.
"Tapi uncle yang kacau saya tiap-tiap hari. Saya sebagai wanita rasa terancam dengan keselamatan sendiri bila uncle selalu ceroboh masuk rumah saya. Kalau uncle betul-betul perlukan duit, kita boleh bincang elok-elok."
"Elok-elok? Aku minta elok-elok selama ni ada korang bagi?"
"Kitorang tak bagi duit bukan saja buat kau sengsara sampai tak dapat nak bayar hutang sendiri. Bila kitorang bagi kau duit, kau ada pergi bayar hutang kau?" aku dah betul-betul naik marah. Dia memang susahkan kitorang!
"Makin kitorang bagi kau duit, makin tulah hutang kau bertambah!" sebuah tangan mendarat di lenganku. Aku berpaling, Wittaya cuba menenangkan hati aku yang dah mula berapi-api.
"Kali ni, saya betul-betul minta maaf. Keluarga saya dengan ayah Kim berada di depan, bincang dengan polis tentang masalah uncle yang ceroboh masuk rumah saya."
"Ah, jadi maksudnya aku dipenjarakan?"
"Ayah saya tak suka cara uncle kacau saya. Jadi saya tak boleh nak tolong ringankan hukuman denda yang uncle dapat nanti. Saya minta maaf."
"Sial! Lepaskan aku dari sini!"
Aku berpaling menghadap Wittaya.
"Jom. Abaikan dia."
Kitorang pun pergi dari terus masuk campur urusan antara keluarga kami dengan polis tentang masalah suami kepada ibu saudara aku. Aku harap dia diberi hukuman yang setimpalnya biar dia sedar kesalahannya sendiri.
.
Pov3|
Ken mundar-mandir di biliknya menunggu sang kekasih menghubunginya.
"Tsk! Dia ni tak reti nak cari aku ke?" Ken mendengus kasar lalu menghempaskan phonenya di atas katil. Dengan kakinya yang sengaja dihentak kerana geram itu, dia pergi dari biliknya dan menuruni tangga menuju ke ruang dapur.
"Ma, Ken nak keluar sekejap."
"Pergilah. Tu, kunci kereta ada dekat ruang tamu sana."
"Maaa, nak duit."
Ibunya yang tengah sibuk mengemas dapur pun terus berpaling ke arahnya lalu bercekak pinggang.
"Amboi! Besar-besar macam ni pun nak minta duit dekat mama ke? Ken kaya kan, gaji Influencer lebih besar dari mama."
Ken bertaut kening, "ma, Ken dah berhentilah dari jadi Influencer. Ken dah miskin, takde duit lagi.. Cepatlah maa, Ken nak pergi ni..."
"Ya Tuhan, depan mama pun merungut macam budak. Kejap, tunggu mama ambik duit."
YOU ARE READING
Beauty Influencer
Romance"Sorry, face is everything." Ken Wachira berjaya menjadi seorang Influencer yang kacak, manis, terkenal dan boleh dikatakan cantik! Lelaki berwajah cantik ini pernah mempunyai sisi gelap yang memalukan sebelum menjadi seorang Influencer. Dia direjec...