KIM pov|
Setelah siap semua kerja sekolah, aku pun melangkah menuju ke tandas yang memang tersedia di dalam bilik tidur.
Baru nak masuk ke dalam tandas, tiba-tiba phone aku berdering tanda panggilan masuk. aku berbalik menuju ke meja sebelah katil dimana aku tidur.
Tertulis nama Wachira sebagai pemanggil di layar phone aku. Dengan cepat, aku menjawab.
"Hello, kekasihmu sedang di dalam panggilan sekarang," jawabku dengan nada bergurau. Aku boleh dengar tawaannya.
(Tengah buat apa tu?)
Aku berbalik menatap pintu tandas.
"Baru nak pergi berus gigi. Kenapa? Rindu? Kita baru jumpa dekat sekolah tadi," aku berjalan masuk ke dalam tandas.
(Rindu bapak kau!) aku ketawa ringan sambil letak ubat gigi di berus gigi aku. Sekarang, aku dah mula gosok gigi.
Aku letak phone aku di kabinet tepi cermin tandas. Aku bagi pembesar suara.
(Aku call nak tanya kau dah packing barang ke belum. Esok kita gerak awal pagi.)
"Sarapan dulu dekat rumah aku. Baru gerak," aku jawab sambil berus gigi.
(Ayah kau okey ke kalau kau ajak aku sarapan sama?)
"Um. Kalau tak, dia bising bila aku tak ajak kau sarapan sama."
(Aku rasa lebih baik aku makan dulu dekat rumah.)
Aku berkumur setelah selesai memberus gigi.
Phone di kabinet tandas pun aku gapai dan bawa keluar dari tandas.
"Ikut kau. Aku tak paksa.."
Aku naik ke atas katil. Barang aku semuanya dah packing siap-siap. Cuma tunggu nak gerak je ni.
(Okeylah, Kim. Aku nak tidur ni. Jangan bangun lewat esok.)
"Baiklah, Tuan Wachira."
(Goodnight. Kiss kiss!)
Tut tut
Aku menggeleng sambil senyum tawa.
Wachira, Wachira...
Ada je ulah kau buat aku geli hati.
.
Hari sebelumnya, ketua pengawas sampaikan pengumuman semasa hari perhimpunan rasmi sekolah.
"Minggu depan, sekolah kita adakan class trip bagi semua pelajar kelas 12."
Aku yang berbaris di bahagian kelas sendiri pun berpaling memandang kawan-kawan aku.
Class trip?
"Sempena pengakhiran semester tiga untuk kelas 12, sekolah akan membuka peluang untuk pelajar meneliti universiti yang layak untuk kalian meneruskan perjalanan setelah berakhirnya graduan di sekolah ini. Diminta kalian semua bersedia untuk membuat penelitian dahulu sebelum kalian bersemuka dengan kaunseling 23 hari bulan ini."
Maksudnya esok kitorang jumpa dengan kaunseling?
Hah... Aku belum buat apa-apa penelitian pun pasal universiti mana aku nak masuk nanti.
"Terima kasih."
Kami beredar masuk ke kelas masing-masing. Aku berjalan menuju ke kelas dengan Zayn, Gravien, Rain dan Nuea.
"Korang dah buat penelitian ke pasal universiti nanti?"
"Rasanya dah elok kot pilihan universiti yang aku buat masa kita habis semester dua haritu."
YOU ARE READING
Beauty Influencer
Romance"Sorry, face is everything." Ken Wachira berjaya menjadi seorang Influencer yang kacak, manis, terkenal dan boleh dikatakan cantik! Lelaki berwajah cantik ini pernah mempunyai sisi gelap yang memalukan sebelum menjadi seorang Influencer. Dia direjec...