Drama Club akan mengadakan slot drama pendek sempena cuti musim panas tidak lama lagi! Pencarian dibuka secara meluas. Mana-mana pelajar yang berminat dan mempunyai bakat dalam lakonan boleh daftarkan diri di ruang kelab Drama dan menghadiri uji bakat pada tarikh yang ditetapkan.
Mana-mana pelajar yang dipilih akan diberikan skrip dan harus menghadiri sesi kelas petang bersama guru bimbingan kelab Drama.
.
KEN pov|
Waktu rehat telah berakhir. Aku dan Kim sekarang bersemuka enam mata dengan pengetua yang boleh tahan tegas orangnya.
Aku dan Kim saling melemparkan tatapan antara satu sama lain.
Aku dah serah diri, kalau ibu bapa aku datang, aku terpaksa bersedia menerima bebelan dari mama.
Matilah, apalah salah aku...
"Saya tak tahu nak mulakan macam mana dah sekarang ni."
Pengetua dah mula bersuara. Aku terus berpaling ke arah lain selain menghadap muka pengetua yang bukan main garang.
"Awak dua—"
"Saya minta maaf! Saya betul-betul minta maaf, sir. Tolong jangan panggil ibu dengan ayah saya. Saya sanggup dihukum, sir..."
Aku yang tadinya berdiri di depan pengetua pun mendudukkan diri dan melutut bawah kaki pengetua sambil merayu memohon maaf.
Seluar Kim aku tarik. Aku bawa Kim melutut dengan aku sekali!
"Apahal kau ni," tu yang Kim bisikan dalam saat-saat genting sekarang. Dia tak takut ke pengetua panggil orang tua dia?
Dengan sepenuh tenaga, aku tarik seluar Kim sampai nak tertanggal. Nasib baik dia duduk kalau tak, memang tanggal lah seluar dia depan pengetua aku kerjakan.
'Fuck!'
Aku dapat baca perkataan yang keluar dari mulut Kim walaupun dia ucap tanpa suara. Jelas sangat Kim.
Aku paksa dia memohon depan pengetua, paksa dia menyatukan kedua telapak tangan macam yang aku buat sekarang. Merayu dan tunduk!
"Sir, kami minta maaf. Kami betul-betul menyesal, sir..."
Aku menyenggol pinggang Kim, paksa dia memohon maaf macam aku buat!
"Maafkan kami, Sir."
Hm! Aku berjaya paksa Kim. Satu lagi tinggal.
"Pejam mata, tunduk kepala betul-betul. Merayu lagi!" aku bisik dengan nada suara yang betul-betul pelan. Kim hampir tak dengar apa yang aku cakap sampai-sampai dekatkan telinga dia dekat dengan muka aku.
Dia menurut, sekali lagi melutut dan merayu bersama. Kitorang memohon maaf.
"Sir, maafkan kami. Kami sedar kesalahan kami."
Kim mewakili kali ni. Terima kasih, aku harap pengetua maafkan kitorang.
"Awak dua sedar kesalahan diri sendiri?"
Kami berdua serentak angguk kepala dengan wajah menyesal dan memohon.
"Kenapa saya tak tahu? Apa salah awak berdua sampai memohon melutut depan saya macam ni?"
"Huh?"
Aku menoleh Kim, kami saling bertukar pandang.
"Bangun."
Kami dua masih duduk mendongak pengetua, tak tahu apa yang jadi. Kitorang pun tak tahu apa salah kami sampai-sampai melutut depan pengetua.
"Bangun, cepat!"
YOU ARE READING
Beauty Influencer
Romance"Sorry, face is everything." Ken Wachira berjaya menjadi seorang Influencer yang kacak, manis, terkenal dan boleh dikatakan cantik! Lelaki berwajah cantik ini pernah mempunyai sisi gelap yang memalukan sebelum menjadi seorang Influencer. Dia direjec...