KEHIDUPAN UNIVERSITI
.
'MINGGU ORIENTASI SESI 2023'
"Selamat datang ke kelab SENI PENTAS. Perkenalkan, saya Phawta senior tahun kedua."
"Jadi hari ini kita akan membuat sesi perkenalan diri. Kalian perlu naik ke depan sini dan perkenalan diri seperti mana senior Rudy buat."
"Psst! Phawta, sini kejap."
"Saya bagi kalian masa 10 minit untuk siapkan diri sebelum naik ke depan dan perkenalkan diri kaliam."
Phawta turun dari pentas dewan fakulti Perfileman lalu berjalan menuju ke salah satu senior tahun kedua.
"Ada apa?"
"Senior Pha baru call tadi kata yang dia tak dapat nak ikut hari pendaftaran kelab petang ni."
"Habis, takkan kita je nak uruskan semua ni? Awak kena tolong saya handle junior-junior ni."
"Hm..nak tak nak, Ken lah tempat kita bergantung sekarang. Kalau dia pun busy tak dapat nak datang, tak taulah."
"Better awak call dia sekarang."
"Hello," keduanya menoleh ke arah pintu. Begitu juga dengan para junior yang baru mendaftar masuk. Mereka terkejut dan menjerit melihat kehadiran seseorang yang diagungkan layaknya seorang selebriti.
Orang itu melangkahkan kakinya masuk dan berjalan naik ke pentas dengan aura yang menarik perhatian para junior.
"Maaf sebab lambat. Kalian apa khabar? Sihat?"
"Sihat!!!"
"Good! Jadi hari ni saya diminta oleh senior tahun ketiga untuk menguruskan hari pendaftaran kelab petang ini. Jadi, sebagai pembuka acara, saya memperkenalkan diri dulu walaupun saya tahu segelintir daripada kalian mengenali saya."
Semua mengangguk dan mengagumi orang tersebut.
"Saya, Wachira Bongkhalong, senior tahun kedua dari jurusan pemasaran."
.
Rudy turun dari pentas dan berjalan ke arah Ken yang sedang sibuk menguruskan sesuatu.
"Aku ingatkan kau takkan datang petang ni," kata Rudy yang menghentikan kegiatan Ken.
"Banyak benda yang aku kene urus hari ni," Ken berbalik memandang Rudy dengan wajah meraih simpati.
"Kau tau aku sempat balik rumah tadi semata-mata nak print hasil presentation aku ni. Tapi!"
"Tapi?"
"Printer aku habis ink...dyyy, tolong aku please," rayu Ken dengan wajah memohon.
"Tolong aku print slaid presentation aku...nanti aku bagi kertas A4."
"Okey, okey. Nanti aku tolong kau print dekat kelas aku lepas habis kelab ni. Kau hantar je slaid kau guna Telegram. Senang aku print nanti."
Ken mengangguk senang hati.
"Thanks, dy!"
"No hal lah."
Drett
Rudy terus membekukan badannya. Phone Ken yang berdering membuatnya terkejut.
"Apa tu?" Ken keluarkan phone dari poket seluar.
"Haish, benda tu buat aku terkejut je."
"Sekejap," Ken berjalan ingin meninggalkan Rudy yang memasang senyum smirk.
"Ah, ah! Bintang UBB la tu," UBB yang dimaksudkan oleh Rudy ialah Universiti BB.
"Tsk, sibuk."
Ken pergi keluar dari dewan untuk menjawab panggilan daripada 'Handsome'.
YOU ARE READING
Beauty Influencer
Romantizm"Sorry, face is everything." Ken Wachira berjaya menjadi seorang Influencer yang kacak, manis, terkenal dan boleh dikatakan cantik! Lelaki berwajah cantik ini pernah mempunyai sisi gelap yang memalukan sebelum menjadi seorang Influencer. Dia direjec...