The Present

50 3 0
                                    

Angin malam menyapa sosok seorang Gravien yang sedang menikmati pemandangan bulan. Musim panas tahun ini tak seperti musim panas di tahun yang sebelumnya.

"Gravien,"

Suara lembut yang tak asing datang menyapa.

Tubuhnya berpaling memandang ke belakang, sosok kekasihnya itu mengukir senyuman menyapa.

"Saya ganggu awak ke?"

Gravien menggeleng sebagai jawapan. Tak lupa, dia juga membalas senyuman sang kekasih.

Georgia datang mendekat, berdiri di samping Gravien. Keduanya mendongak melihat bulan dari atas jambatan.

"Awak dengan Ken kenapa? Macam ada sesuatu yang tak kene je.. Tak salah kalau awak spell the tea."

Gravien mengeluh panjang. Dia kelihatan pasrah akhir-akhir ini.

"Keluarga awak cakap apa?" Gravien melemparkan tatapan ke sosok seorang bergelar kekasih yang berdiri di sampingnya.

"Pasal kita?"

Gravien mengangguk sebagai jawapan. Keluarkan sepatah kata pun dia dah jemu dengan melemparkan pertanyaan yang sama kebelakangan ini.

"Awak sendiri tau, keinginan keluarga kita dari dulu. Memang mustahil nak putuskan harapan diorang."

"Dalam bas tadi..," Georgia terdiam ketika teman lelakinya mencelah.

"Saya direject lagi,"

"Dia minta saya putuskan hubungan dengan awak."

Kini, Georgia yang mengeluh berat. Dia menunduk sebelum menjawab.

"Awak memang takde hati dekat saya ke? Rasa suka, sikit pun takde?"

Suasana kembali tegang dan sepi. Gravien membeku tak tahu nak jawab apa.

Satu hembusan nafas berat buat kali kedua Georgia keluarkan. Dia tahu memang dah takde harapan lagi.

"Georgia, saya minta maaf."

Gravien berpaling membelakangi Georgia. Kakinya bersedia untuk melangkah pergi namun sebuah tangan meraih lengannya.

"Pandang saya, Gravien...," hembusan nafas berat didengari jelas di telinga Georgia.

Gravien kembali menolehnya.

"Bagi saya satu peluang, please. Peluang untuk saya luahkan semuanya sebelum awak pergi."

Gravien mengangguk memberinya peluang.

Georgia mendekat lalu meninggalkan ciuman pada bibir kekasihnya sambil menitiskan air mata yang kian mengalir keluar membasahi pipi Gravien.

Pada masa yang sama, Ken yang sedang berjalan menikmati angin malam menjadi saksi Gravien dan Georgia bercumbu.

Hatinya remuk.

Kehadiran Ken dalam hidup Gravien hanyalah watak sampingan di dalam drama.

Dia benci berharap lebih kerana dia tahu hal ini akan terjadi.

Kecewa.

Sedih.

Sakit tak berdarah.

Dua hari berlalu dengan cepat. Pelajar-pelajar dari kelas 12 bersiap sebelum check out.

"Haih... Aku rasa dua hari ni tak cukup. Ken?"

Win melonjak naik ke katil Ken. Dia menganggu sahabat sebiliknya itu yang sedang sibuk berkemas.

"Uh?" Ken tetap sibuk mengemas barangnya dan menyimpan semuanya di dalam luggage besar.

"Cuti ni kau ada pergi mana-mana?"

Beauty Influencer Where stories live. Discover now