Happy Birthday!

44 4 0
                                    

"Eum, boleh saya join?"

Ken, Prom dan Dao serentak mendongak memandang Key yang datang dengan membawa makanan.

"Oh, silakan!" Prom dengan senyum lebar mengalu-alukan Key untuk join mereka sekali.

Key melabuhkan punggung duduk di sebelah Ken.

Ken pula merasakan suasana sekarang menjadi kekok. Atau dia seorang yang merasakan perasaan itu?

Berbalik ke situasi di sebuah meja dimana ada lima orang sahabat sedang menikmati makan malam bersama.

Mereka nampak sangat happy berbual sakan tanpa memikirkan masalah.

Oh, tak!

Homework. Masalah ialah kerja sekolah.

Tidak dengan Gravien, yang lainnya sibuk berbual kosong sambil makan. Dia merenung tajam memerhatikan gerak-geri di meja depan mereka.

Siapa lagi kalau bukan meja dimana adanya Ken, Key, Prom dan Dao yang sedang makan dan berbual mesra.

Hatinya yang panas menyaksikan seorang Key mengambil kesempatan untuk mendapatkan hati Ken. Tahap kesabarannya menipis, cawan pakai buang digenggamnya erat sampai renyuk.

Kim yang duduk bersebelahan dengan Gravien, sedar akan tindakannya.

Tahap kecemburuan Gravien bukan lagi satu gurauan. Dia betul-betul cemburu!

"Oi," Gravien mengembalikan tatapan tajamnya itu dan melemparkannya kepada Kim.

"Kau asal?"

Gravien bangun dengan tiba-tiba membuatkan yang lain berhenti bising.

"Aku haus."

Kim mengangguk dan yang lain melemparkan tatapan sesama sendiri ketika Gravien pergi untuk mengambil air.

"Ui, asal dengan dia?"

Kim mengangkat kedua bahunya menjawab pertanyaan Rain.

Berbalik ke meja Ken, Key, Dao dan Prom, mereka sepertinya di dunia sendiri. Terlalu senang berbual.

Sedar tak sedar, Key dalam diam mengintip Gravien. Dia tahu pesaingnya itu cemburu.

"Gravien," Key menyapanya ketika dia lalu.

Dia melontarkan tatapan ke arah cawan pakai buang yang digenggam erat oleh Gravien.

Renyuk terus!

Sapaan Key langsung tak dibalas dengan kata-kata. Hanya sebuah renungan tajam.

Yang lain diam terutamanya Ken. Dia hanya menelan ludah kasar.

Seharian Ken menghindar dari Gravien gara-gara kejadian di bas pagi tadi.

"Pergi mana?" itu yang Key tanya kepada Gravien sekarang.

Dengan renungan yang berapi-api, Gravien buka mulut.

"Ambik air."

"Oh, cawan kau tukar sekali," Dao dan Prom bertatapan mata setelah melihat cawan yang Gravien genggam itu renyuk.

Gravien pergi tanpa meninggalkan sepatah kata. Suasana di sana memang sangat tegang apatahlagi masing-masing berdebat untuk memenangi hati seseorang.

Sampai di sebuah meja yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan dan minuman, Gravien berdiri sambil menenangkan hati yang membakar.

Key memang saja nak buat dia cemburu!

Cawan pakai buang yang dah renyuk digenggam itu dibuang terus ke dalam plastik sampah.

Beauty Influencer Where stories live. Discover now