Prolog

16.4K 286 11
                                    

Di ruang tamu, sebuah rumah. Seorang perempuan berusia 48 tahun mencuba memujuk anaknya, "Ara! Umi mohon sangat dekat kamu, sayang. Tolong gantikan tempat kakak kamu ya."

"No Umi, Ara baru je balik dari belajar. Masih banyak lagi impian yang Ara nak kejar," tolak gadis 22 tahun itu dengan mentah-mentah.

"Abi mohon kali ni je nak. Abi tak pernah mohon pun dekat kamu selama abi hidup, tapi untuk kali ni abi mohon nikahlah dengan Zayn," mohon abinya pula.

"Tapi abi..., Ara tak kenal langsung dengan calon suami kak Alara tu, macam mana Ara nak nikah dengan dia?" balas Ara.

Alara Haurel, kakak kepada Ara. Gadis itu tiba-tiba melarikan diri di hari pernikahannya. Sehingga menyebabkan keluarga Ara menjadi huru-hara kerana ulah yang dibuat gadis itu.

***
Sehari sebelum majlis,

Kini tamat sudah pengajian Ara di England. Dia akhirnya memutuskan untuk pulang ke tanah air.

Ara juga sudah dimaklumkan oleh uminya jika kakak tercintanya akan menikah pada hari esok. Tentu saja Ara merasa bahagia mendengar berita bahawa kakak ninjanya akan segera menikah.

Bukan tanpa sebab dia memanggil kakaknya dengan sebutan si ninja. Kakaknya itu sering kali mengenakan penutup muka atau lebih sering dipanggil purdah, sehingga seluruh mukanya ditutup kecuali mata saja yang dapat dilihat oleh Ara. Dengan itu Ara memberi panggilan si ninja pada Alara.

***
Kini dia tiba di tanah airnya, dia menarik bagasi menuju ke arah luar mencari seseorang. Matanya bekeliaran cepat, memandang sisi kanan dan kiri.

Orang yang dicarinya tersenyum sambil melambai tangan ke arah Ara. Bibir Ara langsung tersenyum lebar saat melihat seorang lelaki berjalan menghampirinya.

"Assalamualaikum abang Airel! " Sapa Ara, riang. Tangannya terulur terlebih dulu untuk bersalaman dengan abangnya itu.

"Waalaikumusalam, adik. Maaflah abang lambat sikit. Abang ada kerja sikit pagi tadi, itu yang lambat tu," terang Airel, merasa bersalah.

"Tak apa bang. Ara pun baru ja keluar ni."

"Hm, itu rambut Ara keluar tu. Lain kali, pakai tudung, ya." Tegur Airel lembut. Tangannya juga bergerak pantas, menyelip anak rambut Ara ke belakang telinga. Penutup hoodie di belakang di tarik untuk menutup rambut Ara. Sementara, tali di bawah dagu, diikat.

"Terima kasih ustaz Airel. Doakan Ara ya, semoga berjaya istiqamah pakai tudung." Mintanya dan di balas anggukan dari Airel.

***
Setelah menempuh beberapa jam perjalanan, mereka akhirnya tiba di rumah.

Tangan Ara bergerak cepat membuka pintu sebaik melihat umi dan abinya berdiri tegak di depan pintu.

"Umi! Adik rindu sangat dekat umi," ujar Ara sambil memeluk erat uminya.

"Hehem dekat umi kamu saja? Dekat abi ni tak rindu ke? " tanya abi Roshan atau nama panjangnya, Ali Roshan.

Lelaki itu berasal dari Turki. Tidak hanya itu, Roshan juga memiliki anak mata berwarna hazel, yang berjaya di warisi oleh Ara. Sementara Alara dan Airel memiliki anak mata coklat terang.

"Tak, " balas Ara dengan serius, sesaat kemudian air matanya menetes. Dia memeluk abinya dengan kuat.

Bohong jika Ara mengatakan dia tidak merindui abinya. Dia melingkar tangannya pada pinggang Roshan. Sesekali tangan Ara mengelus perut buncit, Roshan.

"Ara pergi baru beberapa tahun. Perut abi dah besar ni, kalau Ara pergi lima tahun lagi, mungkin abi dah obesiti kan." Ujarnya.

Roshan terkekeh kecil. Dia mengelap air mata Ara yang terus mengalir. Hampir empat tahun Ara berada di England. Dan hanya balik beberapa kali saja. Bagi seorang ayah, tentu saja Roshan sangat risau membiarkan anaknya sendirian di sana.

Namun Ara terus menyakinkan, jika dia baik-baik saja di sana. Emara, sahabat Ara juga turut menyakinkan jika dia akan menjaga Ara dengan baik saat mereka berada di England.

"Kak Lara mana ya umi? " tanya Ara sambil melepaskan pelukannya dari Roshan.

"Keluar. Katanya ada urusan yang nak diselesaikan. Umi pun biarkan ja lah, tak lama lagi dia kan dah nak jadi isteri orang," balas uminya.

"Hm, betul tu."

"Dah jom masuk. Tak akan nak borak depan pintu ni." Ajak Roshan. Mereka pun berjalan masuk ke ruang tamu.

"Okaylah, kalau macam tu, Ara naik atas dulu nak bersihkan diri lepastu baru Ara turun balik ya."

Ara kembali menarik bagasinya untuk dibawa ke dalam bilik. Airel yang melihat Ara sedikit kesusahan untuk mengangkat bagasi yang berat itu, akhirnya menolong.

***
Malam harinya, Ara keluar dari biliknya dan terus menuju ke dapur. Dia menghampiri uminya, Aisha Humaira. Meski sudah berusia 48 tahun, Ara akui uminya itu masih cantik seperti gadis seumurnya.

"Assalamualaikum umi, ada apa yang Ara boleh tolong? " tanya Ara, seiring itu tangannya mencubit isi ikan yang sudah digoreng oleh uminya.

Aisha menepuk perlahan tangan Ara, "semuanya dah siap. Kamu tinggal tolong susun dekat meja makan ja."

"Ala, Ara baru ingat nak tolong memasak," ucapnya sedih. Niat awal memang ingin menolong uminya memasak, tapi tak disangka dia terlelap sekejap kerana penat.

"Esok, lusa kan masih ada. Dah, Ara bawa lauk dengan sayur ni. Umi nak bancuh air sekejap. Lepas tu, panggil kak Alara sekali. Dia dah balik tu."

"Betul ke? "

"Hm, tak percaya pergilah tengok dekat bilik kakak kamu tu."

Dengan cepat Ara memindahkan lauk-pauk tadi ke meja makan. Setelah itu, dia berlari mencari Alara di bilik kakaknya.

Tanpa mengetuk, Ara langsung masuk begitu saja. Alara yang sedang termenung dibuat terkejut dengan adik bongsunya itu.

"Astagfirullah adik!" istigfarnya.

Ara yang ditegur hanya tersengih kemudian memeluk Alara. Alara yang melihat sifat manja Ara hanya mengeleng perlahan. Dia mengelus lembut rambut Ara yang terurai.

"Kenapa tak jemput Ara dekat airport tadi? Mentang-mentang dah nak menikah, adik sendiri pun dilupakan."

"Mana ada. Kakak sibuk sikit hari ni. Maafkan kakak ya!"

"Hm tak nak. Kecuali....," Ara senyum penuh makna. Dia melepaskan pelukannya dan berjalan menuju ke rak buku Alara.

"Pilihlah yang mana Ara nak." Ucap Alara. Ara langsung mengambil beberapa novel yang dia mahu kemudian keluar dari bilik Alara.

***

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Alara berjalan perlahan menuruni anak tangga. Dia mengangkat bagasinya dengan perlahan.

Setelah tiba di ruang tamu, dia melihat ke sekeliling. Takut jika ada yang melihatnya. Untunglah tidak ada orang sama sekali.

Dengan cepat dia membuka pintu dan lari menuju ke sebuah kereta myvi yang sudah menunggunya.

"Dah? " tanya lelaki di sampingnya dan dianggukan oleh Alara. Kereta myvi itu akhirnya pergi dari rumah Roshan.





H
A
P
P
Y

R
E
A
D
I
N
G









Dia Aralia! Where stories live. Discover now