Chapter 1

10.7K 247 10
                                    

Azan subuh berkumandang di sekitar kawasan perumahan Roshan. Perlahan anak mata berwarna hazel itu terbuka.

Roshan memandang wajah isterinya lekat, "Humaira bangun! Dah masuk waktu subuh ni." Panggilnya lembut. Merasa dipanggil, Aisha membuka matanya perlahan.

Hal pertama yang dilihatnya wajah kacak milik suaminya itu, "dah subuh? " tanyanya lagi. Roshan mengangguk kepalanya.

"Hm, abang pergilah ambil air sembahyang dulu. Saya nak bangunkan Ara dulu. Abang tahulah sendiri, perangai anak abang yang liat nak bangun tu."

Roshan mengangguk lagi, tapi kali ini diringi tawa. Memang benar jika Ara sangat susah untuk dibangunkan. Malas berfikir panjang, Roshan berjalan ke arah bilik air.

Aisha bangun dan berjalan dengan longlai menuju ke bilik Ara. Dia mengetuk terlebih dulu, namun tidak ada suara langsung dari arah dalam.

Dia langsung membuka knop pintu. Mujurlah, Ara tidak menguncinya. Bau vanila strawberi menyerap ke dalam hidung Aisha.

Anak bongsunya itu gemar sekali dengan bau vanila dan strawberi. Dia menarik selimut Ara ke bawah.

"Sayang, bangun. Kita solat subuh sekali." Panggil Aisha perlahan. Namun masih tidak ada tanda sama sekali anaknya itu akan bangun.

Akhirnya dia mendapat idea, Aisha berjalan ke bilik air Ara. Dia membasuh tangannya dan kembali ke katil Ara. Air yang masih ada di tangannya, direnjis ke arah muka Ara.

"Hujan!" teriak Ara, terkejut. Matanya bertembung dengan mata uminya.

"Bangun subuh."

"Hm. Umi dah panggil kak Alara? "

"Dia tak boleh solat. Jadi umi kejutkan kamu saja lah. Cepat, dah lama abi tunggu tu." Ara mengangguk dan pergi mencuci muka.

***
Tujuh pagi, suasana rumah dibuat huru hara kerana hilangnya calon pengantin. Ara yang kembali tertidur setelah subuh, dipaksa sekali oleh uminya untuk mencari Alara.

Ara menguap perlahan. Dia bangun dan menuju ke bilik Alara, "kak tak payahlah nak main sorok-sorok. Akak kan dah besar. Kesian dekat umi dengan abi." Ucap Ara setibanya di depan pintu bilik Alara yang sudah terbuka luas.

"Huh, akak nak juga ke main sorok-sorok? Haa ye la, di sebabkan hari ini akak dah nak menikah, Ara tunaikanlah." Sambungnya lagi.

Ara berjalan perlahan menuju ke katil Alara. Dan menyelak selimut Alara, tetapi Alara tidak ada di bawah selimut. Ara kemudian mencari Alara di bawah katil, "tak ada juga. Akak pakai selimut halimunan ke?" tanyanya.

"Haa mesti dalam almari kan. Akak, Ara datang ni! " Ara membuka kasar pintu almari Alara.

"Dengan baju akak pun ikut menyorok?" soalnya lagi, sebaik melihat almari Alara yang kosong. Baru saja ingin menutup kembali pintu almari milik Alara, sehelai kertas jatuh di atas lantai.

"Kak Alara nak main running man ke dengan Ara? Ara penat lah kak." Keluhnya, tetapi dia tetap membaca surat itu.

Kali ini matanya terbuka luas. Tangan bergetar memegang kertas itu. Dia berlari menuju ke abinya di ruang tamu.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now