Chapter 11

7.7K 195 1
                                    

Elisa menarik nafasnya terlebih dulu dan menghembus dengan perlahan, "Elisa adalah isteri Syafiq." Jujur Elisa.

"Sebelum Syafiq berangkat ke Yaman hubungan kami masih baik saja. Dan bila Syafiq pergi ke Yaman semua mula berubah. Dia jadi semakin dingin dengan saya."

"Awalnya Elisa tak tahu apa penyebabnya. Sampai akhirnya saya tahu kalau suami saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang saya yakin, akhlaknya lebih baik berbanding saya." Ujar Elisa sambil menatap Alara dengan kecewa.

"Yang lebih mengejutkan lagi adalah, orang yang Elisa anggap kakak sendirilah yang khianati Elisa. Elisa tak tahu dosa apa yang Elisa buat dekat kakak hingga kakak sanggup tikam belakang Elisa."

"Tapi Elisa dah tak boleh nak undur waktu. Elisa dengan Syafiq akan bercerai. Semoga Syafiq dapat bimbing kak Alara dengan calon anak kakak nanti."

"Dan untuk pengetahuan anda, Syafiq. Ini calon suami saya setelah kita bercerai." Ujar Elisa sambil menunjuk Arlan yang berdiri di tepi Zayn.

"Murah juga kau ni ya, Elisa. Dah berani main belakang aku dengan jantan ni." Ujar Syafiq dengan pedas. Sejujurnya dia cemburu melihat Elisa dengan lelaki lain.

Walaubagaimana sekali pun, Syafiq menikah dengan Elisa memang kerana awalnya dia suka dengan perempuan itu. Tapi lama kelamaan perasaan suka itu mula menghilang.

"Yang murah tu bukan isteri kau. Tapi kau sendiri yang nampak murah dekat sini. Tuhan dah anugerahkan jelmaan bidadari, kau boleh pula pilih jelmaan iblis. Kesian." Ujar Arlan sembari menyindir Syafiq yang nampak geram dengannya.

"Jaga mulut kau. Kalau kau berani mengata isteri aku lagi aku pukul kau sampai mati bodoh," marah Syafiq.

Arlan hanya mengangkat bahunya tanda tidak peduli. Syafiq terlihat seperti anjing yang menggonggong ketika melihat tuannya, bagi Arlan.

Sementara Abi Roshan mendekati Alara dan memberi satu tamparan di pipi Alara.

"Abi tak pernah ajar anak abi runtuhkan rumah tangga orang lain. Abi kecewa dengan kamu Alara. Abi betul-betul dah gagal didik kamu. Dan kamu Syafiq, saya sebagai abi kepada Elisa merasa gagal menyerahkan anak saya kepada anda."

"Ara hantar Elisa balik. Zayn temankan Ara ya nak," Suruh Abi Roshan. Dia duduk lemas di sofa. Dadanya naik turun menahan amarah yang siap meletus.

Arlan, Elisa, Ara dan Zayn keluar untuk menghantar Elisa balik. Arlan memandu keretanya. Elisa dan Ara duduk di seat belakang sementara Zayn duduk di samping Arlan.

"So bro, do you want to tell me something or no?" Tanya Arlan sambil mengangkat satu keningnya.

"Ara is my wife," balas Zayn. Arlan mengangguk singkat. Sementara Ara dia mengenggam erat tangan Elisa. Dia berharap Elisa kuat menghadapi semua ini.

 Zayn merasa kecewa dengan Alara. Rasa cintanya kepada Alara hilang, umpama debu yang ditiup angin. Yang tersisa hanyalah rasa kecewa yang mendalam kepada Alara.

Ara tahu saat ini Zayn pasti sedih setelah mengetahui semua tentang Alara. Ara berharap rasa cinta Zayn ke Alara akan secepatnya memudar.

Ara kembali berbisik ke Elisa. "I'm with you girl. You are not alone," bisik Ara.

"I have you, so why I need to feel I'm alone," balas Elisa sambil tersenyum di balik niqabnya.

Mereka akhirnya tiba di rumah Elisa. Ara juga sudah menceritakan perihal Syafiq kepada orang tua Elisa. Orang tua Elisa mengira selama ini Elisa lah yang banyak membuat masalah ternyata sebaliknya.

Lelaki itu banyak memburukkan nama Elisa. Ara berharap setelah penceraian ini Elisa akan menemukan lelaki yang jauh lebih baik.

Orang tua Elisa juga mengucapkan terima kasih kepada Ara kerana telah membongkar sifat asli Syafiq. Orang tua Elisa juga berjanji akan lebih banyak memperhatikan anaknya itu.

Dia Aralia! Where stories live. Discover now